Sempena Hari Bapa, Mark Adam Kongsi Foto Mend1ang Ayah Tapi Tak Banyak Ada, Ini Sebabnya

Sempena Hari Bapa yang disambut hari ini (21 Jun), penyanyi dan pelawak Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah berkongsi foto kenangan mend1ang ayahnya sewaktu bekerja di Arab Saudi.


Menurut Mark, setiap bulan bapanya akan menghantar gambar dan bertanyakan khabar keluarganya di Filipina.

“Untuk pengetahuan anda semua ini lah kualiti gambar-gambar 80’s terang kan???

“Masa ni ayah saya kerja di Saudi Arabia 1988 kalau tak silap! Dia kerja 2 tahun kat sana! Setiap bulan dia akan hantar gambar, bertanya khabar kami di Filipina,” tulisnya di Instagram (IG).

Namun begitu, Mark mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai banyak foto ayahnya dalam simpanan kerana tidak mempunyai kamera sendiri pada masa itu.

Malah, kata Mark atau , Filipina sering dilanda taufan dan menyebabkan banyak foto basah lalu rosak.

“Saya tak banyak ada gambar ayah dan keluarga sebab di Filipina kan selalu taufan semua gambar dah basah dan rosak. Dulu-dulu tak ada kamera sendiri.


“Tapi walau pun macam begitu kenangan di minda dan hati ada banyak dan tak kan padam, kenangan tu selalu segar.

“Saya nak ucapkan Happy Fathers Day kepada ayah saya dan semua ayah di luar sana semoga sihat selalu. Jangan risau Pa saya akan jaga Mak sampai akhir hayat.

“Korang jangan lupa call ayah dan bagitahu dia terima kasih ayah, sayang ayah,” tulisnya lagi.

Mark berkongsi perkara tersebut di laman instagram miliknya beserta foto lama mend1ang ayahnya.

 

Sumber: Gempak, Ig @markadam1079

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*