Penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin terkenang arwah ibu dan bapanya yang telah pergi buat selamanya.
Menurut Aishah, dia sudah melalui pelbagai keper1tan hidup selama berpuluh tahun hidup sebagai seorang anak yatim piatu.
Tambah Aishah lagi dia yakin jika ibu bapanya masih hidup, pasti mereka akan bersed1h melihat apa yang telah dilaluinya.
“Gambar-gambar lama tak banyak,bukan macam sekarang gambar main petik dekat handphone.Berpuluh tahun dah mereka pergi,lama sungguh hidup yatim piatu tanpa mereka.
“Apabila saya fikirkan semula segala kejadian dalam hidup saya, kata-kata n1sta yang dilemp4rkan,cara orang perlakukan kepada kita. Saya selalu tertanya-tanya ,’kalaulah mak dengan bapak ada,berani ke orang buat saya macam tu?
“’Bila mereka tiada bukan saja tiada lagi doa mereka untuk saya, tapi tiada lagi unconditional love mereka. Tiada lagi orang yang akan lindungi kita,pandai-pandai lah jaga diri.
“But in a way, saya rasa elok juga mereka dah tak ada,kerana mesti mereka sedih dan stress bila membaca dan mendengar kata-kata mulut pu4ka pada anak mereka,sedih bagaimana orang treat anak mereka.
“Especially arw4h mak,mesti terus naik gastrik.Tapi usah gundah gulana. Yakinlah Allah swt.sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Al Fatihah utk Allahyarham Wan Ariffin Pawan Teh dan Allahyarhamah Kamariah Dato Ujang,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Aishah menerusi laman instagram miliknya disertai foto lamanya ketika bersama ibu bapanya.
Luahan Aishah itu mendapat perhatian peminatnya yang meminta dia terus kuat dan tabah menempuhi ujian kehidupan ini.
Sumber: Instagram @aishahjmm
Leave a Reply Cancel reply