Tak Salah Nak Shopping Online, Tapi Sebaik-BBaiknya Elak Beli 5 Barang Ini!

Dalam era digital seperti sekarang, pelbagai perkara mampu diselesaikan hanya menggunakan internet seperti membayar bil, membeli tiket penerbangan sehinggalah membeli barangan dapur.

Meskipun teknologi memudahkan urusan seharian kita terutamanya pada situasi sekarang, namun sebagai pengguna kita harus mempertimbangkan beberapa aspek sebelum membuat sebarang pembelian.

Ini kerana, ada beberapa barangan yang sebenarnya tidak sesuai dibeli secara dalam talian seperti yang dinyatakan dalam senarai di bawah:

1. Barangan kosmetik

Produk kosmetik adalah antara benda yang paling banyak dijual secara dalam talian bagi menarik pembeli terutamanya golongan wanita.

Sebenarnya adalah lebih baik barangan ini dibeli sendiri di kedai bagi memastikan anda berpuas hati.

Harus diingat tidak semua produk kecantikan atau solekan itu sesuai dengan kulit seseorang. Ini termasuklah ketidakpastian sama ada produk dijual dalam talian adalah asli atau pun tidak.

2. Minyak wangi

Seperti barangan kosmetik, minyak wangi juga tidak digalakkan dibeli secara dalam talian bagi memastikan baunya sesuai dengan kita, ia perlu dicuba sendiri.

Jangan cepat terpengaruh dengan jualan murah dan potongan harga kerana ia mungkin adalah minyak wangi palsu dan baunya tidak tahan lama.

3. vbat-vbatan

Sangat bah4ya apabila membeli vbat-vbatan di internet kerana ia mungkin boleh membah4yakan kesihatan apatah lagi tanpa preskripsi daripada doktor.

Bukan tidak ada penjual dalam talian yang berdaftar dengan pihak berwajib tetapi lebih banyak yang tidak bertauliah selain penggunaan bahan meragukan.

4. Barang bersaiz besar

Barang bersaiz besar seperti perabot atau peralatan elektrik bukan tidak boleh beli dalam talian tetapi sanggupkah anda menanggung risik0 barang yang dipesan sampai dalam keadaan menyayat hati?

Itu belum lagi timbul masalah penghantaran atau barang dipesan tersangkut akibat salah maklumat serta kesilapan penjual, anda mungkin terpaksa menanggung kerugian.

5. Barangan berjenama

Siapa yang tak rambang mata apabila tas tangan jenama Chanel dijual dengan harga serendah RM1,000? apatah lagi membaca reviu yang indah-indah daripada pelanggan.

Sebaik-baiknya, jangan terpedaya dengan harga runtuh dijanjikan peniaga kerana secara logiknya tidak mungkin tas tangan jenama mewah itu berharga semurah itu.

Tambahan pula lambakan produk tiruan yang sukar dibezakan dengan asli ‘bersepah’ di pasaran membuatkan kita terus rambang mata.

Semoga info ini bermanfaat buat kita semua.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*