Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa pencarian diri yang mengusvtkan sepanjang tempoh tidak berhijab tahun lepas.
Ceritanya, hidupnya tidak tenang dan adakalanya berdepan ketakvtan luar biasa terutama ketika berada di luar rumah.
“Saya travma! Hari-hari tak tenang, rasa seperti hidup dalam ner4ka bila keluar tak pakai tudung.
“Rasa macam semua orang nak bvnuh saya!
“Kadang-kadang ketakvtan itu jadi ekstr1m sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takvt.
“Bila cerita pada orang lain semua tak faham. Sampaikan ada masa menangis seorang diri.
“Macam nak k1amat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun,” ceritanya kepada Gempak.
Hinggakan pada satu masa kata pelakon Ariana Rose itu dia melulut di hadapan ibunya memohon keampunan.
“Siapa saya nak law4n takdir Allah? Memang kenalah pad4hnya…
“Setiap kali balik rumah saya akan melutut depan ibu saya minta maaf. Situasi itu buatkan saya betul-betul insaf,” tambahnya.
Hijrah kedua Fathia sejak Mac lalu membuka perspektif baharu dalam hidupnya.
“Kalau boleh saya nak istiqamah kali ini, semoga Allah tetapkan iman saya dan tak bolak-balikkan hati saya.
“Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar?
“Dan pada waktu itu perlahan-lahan saya muhasabah diri, berfikir sedalam-dalamnya,” katanya yang mengikuti kem kerohanian dan jati diri selama tiga bulan sejak awal tahun lalu.
April 2019 Fathia mengejutkan ramai apabila mengakui dirinya membuka tudung selepas berhijab pada April 2016.
Sumber: Gempak, Ig
Leave a Reply Cancel reply