Tu1ar Pelajar Tahfiz Positif Covid-19 Bebas Ke Sana Sini, Ini Pencerahan Dr Noor Hisham, JKN

Kec0h apabila seorang pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan did4kwa positif Covid-19 dikatakan telah pulang ke kampung di Kampung Huma di Alor Setar, Kedah.

Menurut posting di halaman Facebook pada Ahad yang kini tu1ar, pelajar tahfiz tersebut did4kwa membuat ujian saringan Covid-19 sebelum pulang ke kampung dan hasil laporan didapati positif.

Menurut posting yang sama, dia turut mend4kwa pelajar tahfiz itu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kampung Huma, dan susulan kejadian itu, dakw4nya masjid tersebut diarah tutup selama seminggu.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas posting tersebut dimuat naik, pengguna Facebook itu membuat pembetulan dengan memaklumkan bahawa laporan saringan yang dibuat adalah negatif.

“Laporan saringan dibuat negatif. Pembetulan dari group sebelah pesak1t dari Negeri Sembilan negatif,” katanya.

Posting yang dimuat oleh seorang pengguna Facebook dengan pembetulan sebelum memadamkannya sejurus selepas sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan berhubung dakw4an tersebut.

Pengguna Facebook yang merupakan seorang wanita itu kemudian memadamkan posting berkenaan sejurus selepas sidang media mengenai Covid-19, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada petang Ahad.

Menjawab soalan wartawan berhubung dakw4an tersebut, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa dakw4an menerusi posting tersebut adalah tidak benar.

“Apa yang dimuat naik di Facebook tu adalah tidak benar. Jadi, kita tak ada pun laporan k3s tersebut.

“Tetapi apa yang pasti, kita masih jalankan saringan yang berterusan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah) memaklumkan bahawa status terkini kumulatif ke3s positif Covid-19 di negeri itu adalah 96 k3s dan tiada pertambahan kes baharu sejak 20 Mei lalu.

“Namun begitu, pada petang 13 Jun 2020 terdapat satu k3s positif Covid-19 yang telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menerima rawatan lanjut dan beliau berada dalam keadaan stabil.

“K3s ini adalah seorang pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan yang telah pulang bersama ahli keluarga yang lain untuk melawat neneknya di Alor Janggus, Alor Setar dan tiba pada awal pagi 13 Jun 2020. Punca jangk1tan masih dalam siasatan jabatan ini,” menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Kenyataan media oleh JKN Kedah, petang Ahad.

Susulan itu, Dr Mohd Fiktri berkata, JKN Kedah mendapati terdapat penu1aran berita menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengenai seorang kanak-kanak di Kampung Huma, Padang Hang dijangk1ti daripada saudara yang pulang ke kampung dari Negeri Sembilan.

“Untuk makluman, berita yang tu1ar ini adalah tidak benar. Pada ketika ini, senarai kontak rapat keluarga dan saudara mara telah dikenal pasti oleh pihak pejabat kesihatan daerah yang terlibat dan ia sedang diambil tindakan.

“Mereka telah diberikan arahan untuk menjalani arahan kuarantin di rumah sehingga keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi,” tambah beliau.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi akan mencetvskan kegusaran dan pan1k dalam masyarakat.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*