Pelakon Maya Karin merupakan antara selebriti yang terkenal dengan sikap mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan.Terbaharu, Pelakon Maya Karin berkongsi tips mudah untuk kelihatan cantik dan kekal sihat.
Maya berkongsi perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Ramai yang selalu tanya apa amalan saya untuk kekal sihat dan cantik. Sekarang ini saya sedang make up, sementara itu sambil bersiap saya minum air kosong.
“Banyakkan minum air kosong, itu sahaja,” katanya sambil tersenyum.
Video itu juga turut merakamkan wajah Maya yang sedang tersenyum sambil memegang segelas air kosong sebelum meminumnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen ramai yang memuji kecantikan Maya selain mengucapkan terima kasih kerana berkongsi tips.
Sumber: Instagram @maya_karin
Leave a Reply Cancel reply