Pelakon Nadya Syahera dan suaminya, Fizul Nawi telah disatukan pada 25 September 2015 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.
Terbaharu, Nadya dikhabarkan mengalami kegvguran bayi kembar.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya, Fizul Nawi.
“Bukan rezeki kita kali ni sayang… Walaupun dalam hati dah lama nak anak kembar.
“Doakan isteri saya sihat ya,” tulisnya dalam kapsyen di satu entri di Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini terbaharu itu dia turut memuat naik foto imbasan bayi mereka.
Perkongsian suami Nadya itu telah mencvri perhatian wargamaya dimana rata-rata mereka mendoakan agar mereka terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
Sumber: Instagram @@fizulnawi_
Leave a Reply Cancel reply