Telefilem 6 Hari menjadi bualan ramai di Twitter selepas ditayangkan pada Sabtu malam.
Selain memuji kredibiliti suntingan naskhah yang dibikin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai juga yang tersentuh dengan mesej yang disampaikan.
“Sejujurnya saya mencari kesalahan tapi tak jumpa c4cat ce1a walau shoot ketika MCO. Suntingan sangat bagus!” puji @zizielam.
“Produksi ini membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan walau apa juga keadaan,” kata @didisANUAR.
“Tahniah, sebuah telefilem terbaik pernah ditonton,” tambah @JajaZulkefly.
“Jalan cerita sangat bagus sama juga semua pelakon! Penonton mahukan seseorang yang ada kesungguhan sebegini,” kata @rosesviolet.
“6 Hari betul-betul membuktikan cinta tak semestinya memiliki,” kata salah seorang pengguna lain.
#6Hari really showed to me 'Mencintai tidak semestinya memiliki'. Its enough to know the person you love are in a better hand now. @YusryHalim @LisaSurihani
— phared shakur (@DeRAF_Z) June 13, 2020
Ramai juga yang mahukan telefilem ini terus diulang tayang pada waktu akan datang.
Telefilem ‘6 Hari’ mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan.
Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.
Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry) yang merupakan bekas bandvan datang ke rumahnya yang kemudian mengvgut untuk memberitahu kisah jen4yah mereka kepada Ismal.
6 Hari ditayangkan malam tadi di Astro Ria, Ria HD, Astro Citra dan Citra HD.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply