Minta Bukti Negatif Covid-19 Kalau Barber Pekerja Asing – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menasihati agar para pelanggan untuk meminta tukang kedai gunting rambut atau pendandan warga asing untuk lampirkan bukti jika pekerja itu negatif c0v1d-19 sebelum memulakan perkhidmatan dengannya.

Menerusi sidang media yang dijalankan sebentar tadi (12 Jun 2020), Ismail Sabri menjelaskan bahawa pekerja-pekerja ini boleh kembali menjalankan tugas jika mereka disahkan negatif c0v1d-19.

Tambahnya lagi bukti keputusan itu boleh didapati di klinik kerana doktor biasanya akan memberikan surat pengesahan selepas melakukan pemeriksaan kepada pes4kit sebagai bahan bukti jika seseorang itu bebas daripada c0v1d-19.

Boleh diambil tindakan kalau enggan tunjuk bukti

Ismail Sabri juga turut menegaskan bahawa mereka yang gagal mengemukakan bukti tersebut boleh dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jika mereka enggan untuk tunjukkan bukti, anda boleh laporkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diambil tindakan ke atas mereka”

Katanya lagi, semua pelanggan perlu tegas untuk meminta tampilkan surat bukti ini dan segera memaklumkan kepada pihak berwajib sekitanya pendandan rambut itu tidak memiliki dokumen yang diperlvk4n.

Ini kerana bagi membantu pihak berkuasa mengenalpasti mereka yang menent4ng SOP yang ditetapkan untuk operasi industri.

 

 

 

Sumber : LM via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*