“Aku Tak Pernah Minum Alr Ni” Member Tak Pernah Rasa Air Starbuck, Lelaki Ini Belanja Buat Dia Terharu

Dalam persahabatan sudah pasti akan ada suka dvka yang dikongsi bersama. Tak kira sama ada dari kaum wanita mahupun lelaki masing-masing ada cara tersendiri macam mana nak menunjukkan erti persahabatan itu.

Viral di Twitter menerusi akaun @izzubanana dimana dia berkongsi satu momen bersama kawan-kawannya ketika sedang lepak bersama.

Ketika dihubungi, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Izzudin bin Hanapi berusia 21 tahun berkongsi cerita yang dia bersama dengan rakannya yang lain memang akan selalu lepak bersama kalau ada masa lapang.

Namun pada hari Selasa lepas, dia bersama dengan rakan yang lain keluar dan salah seorang daripada kawannya ada beli air Starbuck. Semua mesti tau yang air ni boleh tahan mahal juga harganya.

Tak lama lepas tu, dia terdengar ayat yang keluar daripada kawannya yang bernama Amir mengatakan yang dia tak pernah minum air tu. Tapi semua orang tak perasan cuma dia je yang kebetulan terdengar ayat tu daripadaa kawannya.

“Aku tak pernah minum air ni” 

Bila terdengar ayat itu keluar daripada mulut rakannya sendiri tiba-tiba dia teringat waktu dia susah dulu yang dia tak mampu nak beli air macam ni.

So, untuk menggembirakan hati kawannya dia membeli air Starbuck ditemani kawannya pada esok hari dan terus memberikannya kepada Amir. Reaksinya memang cukup gembira dan terharu sebab dapat minum air yang kawan sendiri bagi.

Hal ini mengingatkannya dengan pesanan letcurer nya supaya sentiasa berbuat baik dan saling membantu orang lain, pasti akan dibalas baik juga satu hari nanti.

 

 

Sumber: lobak merah/Kl Menjerit via Berita Steady Media

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*