Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji Tahun Hadapan

Kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini ekoran kr1sis COVID-19.

Memetik laporan BH Online, perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas dasar mengambil kira aspek kesihatan rakyat Malaysia.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi haji 1441 H ditangguhkan ke tahun hadapan.

“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penagguhan haji ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkifli juga mengatakan jumlah kuota jemaah haji tahun hadapan akan bergantung kepada perbincangan dengan pihak kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.

Terdahulu, Zulkifli juga pernah memaklumkan, angka jangk1tan COVID-19 melebihi 100 ribu di Arab Saudi juga memerlukan kerajaan Malaysia untuk membuat pertimbangan membenarkan jemaah ke Makkah ataupun tidak.

Sumber : BH Online via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*