Nabila Razali ‘Unfollow’ Semua Kenalan Di Instagram

Penyanyi Nabila Razali mencvri perhatian apabila berhenti mengikuti akaun-akaun kenalan di Instagram sehingga senarai ‘following’ nya menjadi sifar.


Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella, perkara itu tidak seharusnya diperbesarkan.

“Bila ins1den hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.

“Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting,” jelas Bella ketika dihubungi Gempak.


Tambah Bella, dia mahu bersikap matang dan hanya memikirkan perkara-parkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.

“Ada juga yang perasan dan bertanya pada saya kenapa saya ‘unfollow’ mereka sejak seminggu yang lalu tapi apa yang saya mahukan sekarang, saya nak kosongkan minda dan hanya fikirkan benda-benda positif sahaja.

“Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya cuma sekarang janganlah diperbesarkan,” jelas Bella lagi.

Terdahulu, ins1den yang dimaksudkan Nabila adalah persembahan nyanyiannya yang terkucil sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua di program Mega Raya Ria.

Lebih memburukkan keadaan apabila ramai yang mempert1kaikan kemampuan vokal Nabila dan memberikan krit1kan negatif kepada penyanyi itu.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @nabila.razali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*