“Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia” – Erra Fazira Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengucapkan sekalung penghargaan buat petugas barisan hadapan dalam mengekang penu1aran wab4k COVID-19.

Erra menyampaikan ucapan terima kasih itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Erra, dia berasa bangga menjadi rakyat Malaysia selain mengagumi cara negara menangani wab4k pandemik itu.


“Terima kasih Malaysia. Terima kasih frontliner. Terima kasih kepada semua yang bersatu hati berk0rban untuk memer4ngi COVID-19.

“Malaysia ANTARA negara contoh menangani COVID-19 dengan cara yang aman dan terbaik. Alhamdulillah.

“Kita belum menang tapi kita BOLEH MENANG! InsyaAllah! Perjuangan belum berakhir! Saya kagum, bangga, rakyat Malaysia KEBANYAKAN (ada segelintir yang tidak, sudah tentu!) berhati lembut, taat dan sedia memberi kerjasama demi kebaikkan bersama.

“Jujur. SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!! MOGA KITA MENANG! MOGA KITA TERUS PER4NGI COVID19!! ALLAHUAKBAR!” tulisnya,


Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada 9 Jun.

Bagaimanapun tindakan itu digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @errafazira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*