Bintang filem Ada Apa Dengan D0sa, Fasha Sandha mengakui tidak sempat untuk membeli barangan persiapan untuk menyambut cahaya matanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Jelas Fasha, dia bakal memakaikan semua anak perempuannya itu nanti dengan baju Putri Raysha Jemyma ketika masih bayi lima tahun lalu.
“Untuk persiapan baby sebenarnya tiada persiapan pun lagi dan tak sempat beli baru sebab tak boleh keluar rumah.
“Memandangkan baju Jemyma dulu-dulu masih boleh pakai lagi, saya pakaikan balik nanti,” katanya yang masih menyimpan baju-baju anak perempuannya itu sebagai tanda kenangan.
Ujar Fasha lagi, suaminya, Aidil Aziz lebih teruja untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.
“Sudah tentu Aidil lebih teruja kerana ini anak pertamanya tetapi kami berdua gembira menantikan kelahiran cahaya mata ini,” tambahnya.
Selepas mendirikan perkahwinan bersama Aidil sekitar Mac tahun lalu, Fasha mengalami dua kali kegugvran sebelum disahkan hamil semula.
Sementara itu, Fasha turut berkongsi rasa gembiranya atas sambutan luar biasa penonton Ada Apa Dengan D0sa.
“Dalam filem itu saya melakonkan watak Siti Zaharah yang dih4ntui d0sa-d0sa silamnya dan menjadi karakter penggerak kepada filem ini.
“Watak itu banyak memberikan pengajaran terutama impak kehidupan kita sekarang akan tindakan ketika zaman remaja tanpa berfikir panjang,” tambah Fasha ketika ditemubual di Sinar FM.
Sumber: Gempak, Foto @astroshaw
Leave a Reply Cancel reply