“Alhamdulillah” – Dr Amalina Bersyukur Ainul Mardhiah Sudah Boleh Berdiri Dan Menyebut ‘Lalala’

Pelatih pakar bed4h Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri melahirkan rasa bersyukur apabila adik Ainul Mardhiah sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Menerusi laman sosial Twitter, Dr Amalina mengulang kicau berita baik tersebut untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menurut bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, kesihatan puteri sulung berusia 21 bulan itu juga semakin baik, boleh berdiri lama dan duduk tegak apabila dibantu.

Malah, Ainul juga sudah pandai menggunakan lidah selain menyebut ‘lalala’ seperti kanak-kanak lain.

“Melihat keadaan Ainul yang semakin lasak dan pandai bermain sendiri, saya dan isteri perlu beri perhatian lebih ketika dia minum susu menggunakan mesin kerana pernah terjadi mesin terbalik ditarik Ainul serta terkena sedikit di kepalanya.

“Sejak itu, apabila Ainul menyusu, kami akan berikan fokus sekurang-kurangnya sejam dan tidak boleh biarkan dia bermain ketika itu kerana bimbang ins1den berulang,” kata Safiuddin kepada Harian Metro.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya turut meraikan perkembangan positif itu bersama dan memuji usaha yang telah dilakukan oleh Dr Amalina.

“Tahniah Dr amalina dan pasukan kerana telah berjaya membuang ketvmbuhan pada anak kecil ini. Sekarang dia dapat hidup seperti budak biasa yang lain,” tulis seorang wargamaya.

“Tahniah Dr. Semoga Ainul akan membesar dengan sihat dan menyambung legasi Dr pula suatu hari nanti,” ujar seorang wargamaya.

“Dr mesti rindu dekat Ainul kan?” tanya seorang wargamaya.

“Terima kasih Allah. Pahala berterusan buat mereka yang membantu adik ni,” kata seorang wargamaya.

“Masha-Allah, sangat bangga dengan Dr,” puji seorang wargamaya lagi.

Pada Jun tahun lalu, Ainul Mardhiah telah menjalani pembed4han di hospital kanak-kanak London, United Kingdom bagi membuang ketvmbuhan di dalam mulutnya.

Sejumlah 200 gram ketvmbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang termasuklah Dr. Nur Amalina.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*