Demi Kelangsungan Hidup, Coach Sado Tak Malu Makan Gaji Angkut Barang Di Pasar Basah

Jika sebelum ini, rutin harian Chin Jie Xun berada di gimnasium sebagai jurulatih dan juga tenaga pengajar kickboxing, namun semuanya berubah sejak penu1aran pandemik Covid-19. Hampir empat bulan pendapatan Jie Xun terjejas berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wab4k Covid-19 yang sekaligus menyebabkan punca rezekinya terjejas.

Namun bagi pemuda bertubuh sasa berusia 34 tahun ini, keadaan itu bukan alasan untuk dia terus berpelvk tubuh menunggu kerja datang kepadanya, sebaliknya keluar mencari pekerjaan.

Kehadiran Jie Xun di Pasar Borong Kuala Lumpur mencvri perhatian.

Tanpa mengira reputasinya sebagai jurulatih gimnasium, Jie Xun mengambil keputusan menerima tawaran rakan kongsinya di gim untuk bekerja di pasar basah di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Jie Xun berkongsi kisah karier baharunya itu di laman Facebook dan mendapat ribuan tanda suka daripada warganet termasuk komen positif cef selebriti terkemuka negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Jelas Jie Xun kepada The Star, “Jika ada kerja yang boleh dibuat, lebih baik lakukannya kerana ia lebih baik daripada hanya duduk di rumah atau tidur,” katanya.

Melakukan kerja berat bukan satu masalah buat pemuda berusia 34 tahun ini.

Dia berharap kisahnya ini dapat ‘bangunkan’ orang lain yang turut berdepan dengan situasi svkar.

“Anda jangan berputus ada dalam apa juga keadaan. Beberapa tahun nanti, anda tidak akan rasa apa-apa, ia bukan masalah besar,” katanya yang bekerja sebagai pengangkat barang-barang di pasar tersebut.

Menurut Jie Xun dia menerima lebih kurang RM80-RM100 untuk tempoh enam jam bekerja setiap hari.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*