KUALA LUMPUR: Zain Saidin, 36, dimasukkan ke sebuah pusat perub4tan di sini, kelmarin, akibat j4ngkitan pundi kencing.
Bagaimanapun, Zain yang juga suami kepada Rozita Che Wan atau Che Ta, memaklumkan dirinya, stabil.
“Saya mula s4kit pada pinggang hingga ke belakang badan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ketika itu, saya fikir, mungkin boleh berjumpa doktor selepas tamat PKP.
“Namun, sangkaan saya meleset. Pagi Sabtu lalu, saya bergegas ke h0spital untuk mendapatkan r4watan dan dit4han di wad,” katanya kepada BH Online.
Zain berkata, dia tidak mahu lagi berlengah-lengah jika membabitkan soal kesihatan.
“Takvt dibiar lama nanti timbul k0mplikasi lain pula. Saya stabil setakat ini… Alhamdulillah,” katanya.
Tambah pelakon sitkom Oh My English! itu, kali terakhir dia dimasukkan ke h0spital, kira-kira lima tahun lalu kerana pemb3dahan lutut.
“Selain itu, doktor beritahu bacaan kolestrol saya tinggi. Jika diikutkan sejarah keluarga, kami sering berdepan masalah ini. Jadi, perkara itu bukanlah pel1k,” katanya.
Bapa kepada Aaisyah Dhia Rana ini sedar s4kit tidak pernah mengenal usia.
“Dahulu, firasat saya, s4kit akan datang ketika berusia. Saya anggar pada usia 40 tahun, kalau s4kit kita s4kit, ia normal.
“Tetapi, apabila sudah jatuh s4kit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga. Walaupun saya aktif bersenam, kalau hendak s4kit, ia akan datang.
“Jika kita s4kit, duit banyak pun tidak memberi makna. Sebab itulah ada pepatah berbunyi mencegah itu lebih baik daripada mengub4ti,” katanya.
Sumber : BH Online, Foto ig @rozitachewan1
Leave a Reply Cancel reply