Hari ini bekas personaliti televisyen, Izwan Azir Saleh ada mengimbau kembali kisah 1001 pengalaman nya yang dikutip sepanjang 16 tahun ketika berkhidmat di TV3.
Terdahulu, Izwan pernah menerima pelbagai reaksi hebat dari warga netizen gara-gara menyampaikan mengenai 1su p0litik sebelum ini.
Jelasnya walaupun dia tidak pernah meraih sebarang pengiktirafan atau anugerah, namun pengalaman yang dilalui bukan laa calang-calang.
Dengan perkara itu telah dikongsikan nya di laman media sosial di Instagram akaun miliknya sempena ulangtahun ke-36 TV3 yang disambut pada 1 Jun lalu.
Pengalaman cukup mengujakan apabila dapat dia menjadi salah seorang penumpang kereta yang dipandu sendiri oleh Sultan Johor dari istana dan menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim haji.
Malah ada pengalaman memindahkan puluhan may4t yang membusuk akibat tauf4n di Filipina antara detik yang sukar dilupakan.
“Saya rasa adalah tidak adil untuk memilih-milih gambar selama berkhidmat di TV3. Ini kerana selama menjadi warga kerja di sana, ada 1001 pengalaman yang amat menarik dan berharga yang telah saya tempuhi.”
Sejujurnya, selama 16 tahun di Sri Pentas yang lalu, tiada satu anugerah pun yang saya menangi. Tak pernah sekalipun saya ada mengisi borang untuk pencalonan anugerah.
“InsyaAllah, masih dikurniakan kudrat dari Ilahi untuk terus melangkah, terus memberi bakti. Demi ibu pertiwi,” tulinsya disertakan gambar-gambar terkininya.
“Anugerah yang saya terima bagaimanapun adalah pengalaman yang saya lalui. Menaiki kereta yang dipandu sendiri Sultan Johor dari istana ke istana, menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim Haji, termvntah tatkala memindahkan puluhan m4ayat yang membusuk akibat taufan di Filipina, terbang bersama pesawat TUDM 3 hari 3 malam untuk ke Mesir ketika Arab Spring, mengembara ke Australia untuk merungkai misteri MH370, dic4ci akibat berita p0litik, dibal1ng ketika demonstrasi, tapi bersama penonton menangis ketika pesawat MH17 jatuh ke bumi.”
“Ahh, tak mungkin habis coretan ini! Saya puas menjadi wartawan dan penyiar disana. Terima kasih TV3, kerjaya terdahulu bukan laa hanya tempat saya pernah mencari rezeki tapi ia sebuah ‘universiti’, tempat saya melihat dan merakam warna warni dunia itu.
“Selamat Maju Jaya TV3!,” tulisnya yang panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #36tahuntv3 #ceritawan #myexperience dan #tv3malaysia.
Terdahulu, TV3 menyambut ulangtahun ke-36 pada 1 Jun dengan memaparkan kembali klip lama nyanyian selebriti popular tanah air.
Foto : Instagram Izwan Azir Saleh
Difahamkan, Izwan kini terlibat dalam bidang perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Akhbar Menteri.
“365 hari telah saya lalui sejak berhijrah dari dunia penyiaran ke perkhidmatan awam di MITI. 365 hari penuh warna warni sejak hari pertama melapor diri terus kepada seorang Menteri.”
Sudah berkhidmat selama 16 tahun bersama Media Prima berhad (MPB), Izwan pastinya mempunyai kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar wartawan penyiaran.
Sumber : trandingsangat via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply