Selamba Ronda Klinik, Doktor Ditegur Tak Pakai Tudung Bawal ‘Belit-Belit, Rupa-Rupanya Itu ‘Sindr0m’ Pasca PKP

BANYAK kelonggaran yang diberikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat secara berperingkat.

Pada masa sama, kerajaan sering kali mengingatkan tentang kebiasaan baharu yang perlu dilalui masyarakat ketika ini meskipun selepas tamatnya PKPB.

Orang ramai kini bersiap sedia memakai topeng muka, membawa cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakkan sosial apabila keluar dari rumah.

Nampaknya keperluan itu memang diutamakan, sedikit-sebanyak menunjukkan perubahan pada gaya dan penampilan masing-masing hari ini.

Penampilan Dr Sakinah dalam PPE bagi menjalankan saringan c0v1d-19. Foto Facebook Sakinah Sulong

Seperti seorang doktor, beliau ditegur oleh kakitangan perbbatan gara-gara mengubah penampilannya dalam berhijab sehingga kehadirannya tidak disedari, apatah lagi apabila memakai topeng.

“Kak, nak pergi mana tu?” tegur seorang staf sewaktu beliau melakukan rondaan di klinik dengan penampilan baharu tersebut sambil wajah ditutup dengan topeng.

“Mesti mereka ingat saya pes4kit. Muka pun bertutup dengan mask. Nampak mata je dua biji,” tulis Dr Sakinah Sulong berkongsi pengalamannya di halaman Facebook.

Namun, kakitangan tersebut mula mengec4m doktor berkenaan apabila beliau bersuara.

“Doktor, janganlah pakai tudung ni. Mana tudung bawal belit-belit tu? Tak lawa pakai tudung ni, nak pakai tudung ni pakai masa doktor pergi buat sampling je,” ujar seorang staf lain, merujuk fesyen tudung yang dipakai ketika bertugas menjalankan ujian saringan c0v1d-19.

Perkongsian Dr Sakinah di laman sosial mengenai teguran kakitangan pervbatan berhubung penampilan baharunya.

Dr Sakinah yang melabelkan situasi kini sebagai pasca Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) berkata, beliau mengakui banyak perubahan yang berlaku dari segi keperluan diri.

“Saya dah malas. Dah gosok tudung bawal, tapi bila nak pakai, malas. Tudung sarung ni jugak yang best.

“Saya lebih pentingkan hand sanitizer, mask dan pen saja bila keluar rumah. Bedak pun lupa nak pakai. Kalau teringat, pakailah lipstick.

“Rasanya saya pun ambil masa nak adaptasi dengan keadaan lepas PKP. Setakat ini, ia mengubah saya untuk berhias setakat yang perlu. Kadangkala langsung tak berhias!

“Tangan dan jari pun kosong tanpa barang kemas. Sebab senang bila saya nak basuh tangan dan buat prosedur,” tulisnya di halaman Facebook.

Dr Sakinah yang merupakan petugas pervbatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu, ia sekadar satu perubahan kecil pada beliau dan berpandangan bahawa semua pihak turut terkesan dengan pandemik c0v1d-19.

Dr Sakinah lebih mementingkan aspek keselamatan seperti pemakaian topeng muka dan penggunaan hand sanitizer. Foto Facebook Sakinah Sulong

Beliau turut berharap agar masyarakat meneruskan norma baharu dalam kehidupan dengan menjaga diri masing-masing dengan menitikberatkan aspek kesihatan.

“Tak kira apa kesannya, saya doakan kita semua akan teruskan dengan norma baharu walaupun sudah masuk bekerja.

“Bagi yang bertukar kerja ataupun mengalami perubahan besar dalam hidup, jagalah diri anda. Kesihatan amat penting. Hidup tetap kena diteruskan,” tambahnya.

Rata-rata netizen terutama kaum wanita di ruangan komen bersetuju dengan kebiasaan baharu ini, yang mana mereka lebih selesa memakai tudung sarung tanpa sebarang solekan, apa yang lebih penting adalah topeng muka dan hand sanitizer.

“Betullah doktor. Cincin di jari semua menyorok dalam laci. Senang nak pakai hand sanitizer,” komen seorang netizen.

Turut menjadi perhatian adalah komen seorang netizen dengan nada bergurau: “Okaylah Dr ‘kakak’… kalau ‘makcik’ rasanya esok Dr start dah pakai shawl Neelofa.”

 

 

Sumber : mStar via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*