Bintang filem Ada Apa Dengan D0sa, Wanna Ali menjelaskan hubungannya dengan anak produser dan pelakon terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimi hanyalah kawan rapat.
Jelas Wanna, 23, masih terlalu awal untuk membuat andaian bercinta memandangkan perkenalan mereka baru memasuki usia setahun.
“Kita berkawan rapat sebab kedua-dua ibu kami dalam industri sama dan tiada apa yang serius pun. Kami pula masih lagi muda.
“Saya pernah menjalani penggambaran untuk drama bersiri JS Pictures dan kawan-kawan abang saya pun adalah kawan-kawan Uzair. Jadi, keraplah lepak bersama-sama,” katanya kepada Gempak.
Tegas Wanna, mereka mahu memberikan fokus kepada karier masing-masing daripada memikirkan soal bercinta ketika usia muda.
“Dia pun muda saya pun muda, terlalu awal untuk ke fasa setersnya dan tidak pernah ada unsur-unsur bercinta pun lagi,” tambahnya.
Wanna dalam pada itu akui teruja dengan sambutan filem Ada Apa Dengan D0sa yang mengangkatnya sebagai pelakon utama pertama kalinya.
“Banyak cabaran sebenarnya berlakon filem ini kerana saya bukan pelakon air mata dan saya perlu banyak menangis.
“Sememangnya skrip dan jalan cerita Ada Apa Dengan D0sa lain daripada yang pernah kita tonton selama ini. Ia naskhah islamik yang jarang-jarang diangkat untuk filem,” ceritanya.
Wanna melakonkan watak gadis bernama Aurora yang dijaga oleh sepasang suami isteri di Scotland.
Bagaimanapun, hidupnya berubah apabila mendapat tahu dirinya cuma anak angkat dan bertindak mencari semula ibu bapa kandungnya di Malaysia.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan D0sa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun.
Sumber: Gempak, Ig @wannaali_
Leave a Reply Cancel reply