KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, 35, berada dalam dilema untuk kembali ke ibu kota selepas kerajaan memberi lampu hijau kepada syarikat produksi meneruskan penggambaran.
Hisyam yang kini berada di Singapura berkata, dia masih berhutang 10 episod dengan Radius One Sdn Bhd untuk drama Dendam Cinta Arissa arahan Shahrulezad Mohameddin.
Namun, apa yang menjadi masalah, Hisyam berkata, dia perlu menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu sebelum dibenarkan memasuki set penggambaran jika kembali ke ibu kota.
“Kos menjalani kuarantin selama dua minggu pula atas pembiayaan sendiri, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana syarikat produksi berjanji menanggung kos berkenaan.
“Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika memilih kembali ke Kuala Lumpur. Sekiranya penggambaran tamat dan saya buat keputusan untuk balik semula ke Singapura, saya perlu jalani sekali lagi kuarantin selama 14 hari. Jadi, secara keseluruhan saya perlu hidup bersendirian selama 28 hari.
“Andai memilih terus menetap di Malaysia, saya terpaksa berk0rban tidak dapat berjumpa dengan keluarga untuk tempoh yang lama. Ini kerana kita tak tahu bila w4b4k c0v1d-19 berjaya diputuskan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir. Saya rasa kenalah cari peluang lakonan lain supaya berbaloi keputusan yang dibuat,” katanya kepada BH Online.
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Ariana Rose itu berkata, dia masih dalam proses perbincangan mengenai peraturan dan undang-undang yang lebih konkrit bersama syarikat produksi sebelum mencapai kata putus.
Setakat ini, katanya, dia hanya mempunyai hutang bersama Radius One. Bagaimanapun, dia ada menerima beberapa tawaran, tetapi belum diputuskan lagi.
“Saya kini sedang menyelidik syarat dan panduan cara kerja, lagipun difahamkan pemerintah di Singapura memberi kelonggaran kepada rakyat untuk keluar bekerja. Bagaimanapun, atas nasihat beberapa rakan, mereka minta saya selidik dengan terperinci maklumat berkenaan,” katanya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hisyam berkata, pendapatannya terjejas berikutan lar4ngan penggambaran. Sepanjang hampir tiga bulan, hanya bergantung kepada wang simpanan untuk perbelanjaan.
“Saya bersyukur mempunyai wang simpanan sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Perniagaan baju dan kuih raya turut terjejas berikutan c0v1d-19,” katanya.
Sumber : BH Online via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply