Pendakwah bebas dan pelakon PU Riz mengakui ada menjalani rawatan menanam rambut sekitar Oktober tahun lepas.
Kata PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, keputusannya untuk menanam rambut kerana berdepan masalah keguguran rambut yang serius pada bahagian hadapan dan tengah kepala.
“Ma1ulah kalau umur 25 tahun rambut tengah dah hilang. Jadi kita ambil kelebihan teknologi yang ada kita untuk memperbaiki dan memelihara kesucian yang Allah berikan kepada kita.
“Boleh untuk tanam rambut, tak berd0sa tapi jangan ubah apa yang Allah beri kepada kita,” katanya kepada Gempak.
Sebanyak 2,000 helai rambut pada bahagian belakang kepalanya diambil dan ditanam semula di bahagian hadapan.
Melalui prosedur itu, PU Riz akui sak1t memandangkan dia mengelak daripada mengambil vbat b1us yang banyak.
“Setiap orang pengalaman berbeza-beza. Bagi saya rawatan ini sak1t terutama ketika proses mencabut rambut asal di bahagian belakang kepala.
“Saya pula cuba elakkan vbat b1us terlalu banyak sebab tidak mahu muka bengk4k selepas rawatan itu.
“Alhamdulillah, hasil yang diperolehi pun sangat memuaskan hati,” tambahnya.
Mengulas mengenai hukvm menanam rambut yang masih diragukan hingga kini, PU Riz menjelaskan rawatan tersebut tidak har4m.
“Bukannya har4m tanam rambut sebaliknya menyambung rambut itu yang har4m.
“Kalau kita berjumpa orang lebih pakar dan kita ikut nasihatnya, tiada masalah.
“Cuma kalau kita menambah perkara tak perlu itu ada kemusykilan dan sepatutnya tak bolehlah.
“Kalau ada masalah rambut berjumpalah pakar sebab pastinya kita mahukan rambut yang sihat dan segar,” katanya.
Dalam perkembangan lain, PU Riz teruja menantikan maklum balas penonton filem Ada Apa Dengan D0sa yang akan ditayangkan mulai esok (4 Jun 2020) di saluran Astro First.
Ada Apa Dengan D0sa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui d0sa silam apabila pernah berz1na hingga melahirkan anak lu ar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tu han hingga mahu membvnuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan D0sa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Sumber: Gempak, Ig @hrisbismail
Leave a Reply Cancel reply