MENANTIKAN kehadiran cahaya mata tentunya menjadi detik terindah buat setiap pasangan yang berumah tangga.
Bagi pelakon, Eyra Hazali, tentunya dia dan suami, Muhammad Haziq Nadzli juga sama seperti pasangan lain yang bakal bergelar ibu bapa.
Lebih men1ngg4lkan kenangan buat kedua-dua mereka adalah apabila kedua-duanya perlu mengharungi fasa ini dalam tempoh kri sis c0v1d-19 yang melanda dunia dan pada masa sama, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali ketika dihubungi berkongsi pengalamannya menjalani proses kehamilan dalam tempoh PKP dan PKPB.
“Prosesnya masih sama, cuma ada beberapa situasi berbeza buat saya dan suami memandangkan kita tidak dapat keluar untuk menjalani kehidupan seperti sebelum ini selepas dunia dilanda kri sis c0v1d-19 dan kerajaan keluarkan PKP serta PKPB. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan walaupun ada sedikit cabaran buat kami,” katanya.
EYRA hamil tujuh bulan.
Berkongsi mengenai cabaran dan kekangan buatnya, Eyra mengakui ada rasa paranoid untuk keluar dari rumah memandangkan wanita mengandung tersenarai antara kumpulan berisik0 untuk dij4ngk1ti c0v1d-19.
“Seperti ibu lain, saya juga menjalani pemeriksaan berkala untuk kandungan saya memandangkan doktor tidak mahu timbul sebarang kom plikasi.
“Saya terlalu risau untuk keluar rumah kerana risik0 untuk dij4ngk1ti itu tinggi memandangkan w4b4k ini bukan satu perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar. Saya cuma keluar untuk menjalani pemeriksaan sahaja,” katanya.
Menurutnya, kerana keluar hanya untuk menjalani pemeriksaan, dia berdepan rasa mval yang tidak dapat dielakkan.
“Mungkin sebab terlalu lama terperuk di rumah, jadi apabila saya keluar dan menaiki kenderaan, rasa mual itu muncul atau mungkin ada orang yang gelarkan ma buk kereta,” katanya.
Ditanya mengenai pengalamannya menjalani Ramadan dan Aidilfitri sepanjang tempoh PKPB dan sebagai ibu mengandung, Eyra berkata, dia tidak dapat menjalani ibadah puasa seperti tahun sebelum ini.
“Saya cuba untuk berpuasa memandangkan saya masih mampu untuk berpuasa. Namun, masuk saja hari ketiga, saya sudah mula rasa nak pitam dan suami menasihatkan saya untuk tidak meneruskan puasa kerana takvt kandungan dan kesihatan saya terg4nggu.
“Doktor juga menasihatkan supaya saya mengikut kemampuan diri saya dan jangan terlalu mengikut pengalaman orang lain kerana setiap orang, kemampuan tubuhnya berbeza,” katanya.
Pada masa sama, Eyra juga bersyukur kerana masih dapat melakukan solat Tarawih bersama suaminya di rumah.
“Paling diingati pada tahun ini adalah saya dapat bersama-sama melakukan solat Tarawih bersama suami walaupun tak dapat untuk keluar melakukannya di masjid,” katanya.
Berbicara mengenai sambutan Aidilfitri, Eyra turut tidak terlepas merasakan kelainan untuk perayaan kali ini.
“Keluarga saya berada di Pulau Pinang dan saya di Johor. Dalam keadaan hamil tujuh bulan, tentunya timbul rasa sayu memandangkan saya tidak dapat diurus dan berada dekat dengan keluarga.
“Namun, saya bersyukur kerana suami juga tidak lepas tangan dan banyak membantu. Sekurang-kurangnya, suami masih ada untuk bersama dengan saya walaupun persiapan dan sambutannya tidak seperti sebelum ini.
“Kami beraya berdua saja dan memang hadkan jumlah tetamu yang nak datang menziarah. Lagipun, kami baru saja pindah ke rumah baru dan masih banyak yang perlu diuruskan,” katanya.
Ditanya mengenai kerjaya lakonannya selepas ini, Eyra berkata, dia mungkin akan menangguhkannya buat sementara waktu.
“Selepas bersalin, mungkin saya akan kembali berlakon selepas setahun atau dua tahun memandangkan suami pun akan kembali dengan latihan bola se pak dan sebagainya.
“Kami nak lihat anak membesar di depan mata kami. Kalau dia sudah betul-betul selesa dengan kami dan saya pun bersedia, saya akan kembali berlakon.
“Namun, jika kri sis c0v1d-19 dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilakukan, mungkin saya pun akan masih berehat kerana tak mahu mengambil sebarang risik0,” katanya.
Masih merahsiakan jantina bayinya, Eyra dijangka bersalin menjelang Ogos depan.
Sumber : Metro via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply