Jangan Dibiarkan, Ketahui Simptom Kanak-Kanak Alahan Susu Lembu

KEBIASAANNYA masalah alahan terhadap makanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ia boleh dikesan sejak kecil.Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti telur, kekacang, gandum, makanan laut dan susu lembu.

Alahan terhadap susu lembu mungkin kedengaran aneh tetapi ini adalah salah satu penyebab paling umum yang dialami oleh kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.

Protein dalam susu lembu sebenarnya boleh menjadi benda asing dalam badan sesetengah kanak-kanak sehingga ia mampu menghasilkan bahan kimia tertentu sebagai respon penolakan di dalam tubuh.

Susu lembu boleh mendatangkan ba haya kepada kanak-kanak.

Bayi yang diberi susu secara eksklusif daripada ibu juga boleh mendapat alahan sekiranya si ibu mengambil pemakanan yang berasakan susu lembu.

Alahan terhadap susu lembu pada kanak-kanak bagaimanapun boleh beransur hilang sejajar dengan peningkatan usianya.

Bagaimana hendak mengenali gejala alahan susu lembu pada anak-anak anda?

Gejala yang biasa termasuklah gatal-gatal dan ruam pada kulit, hidung tersumbat dan ba tuk. Bagi sesetengah kes ia boleh menyebabkan mun tah-mun tah, ci rit bi rit dan na jis berda rah.

Biasanya, gejala itu boleh muncul pada kali pertama si anak minum susu lembu dan ada pula menunjukkan simptom selepas beberapa minggu.

Sekiranya simptom-simptom itu berulang, sebaik-baiknya segera bertemu dengan doktor dan jangan mengambil risik0 keselamatan anak anda.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*