Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Mungkin itu pepatah menggambarkan kegigihan dua beradik dalam membina rumah mereka sendiri.
Demi memiliki ‘istana’ impian, dua beradik berulang-alik mengangkut pasir dari anak sungai di Kampung Panggong, Pasir Puteh, sejak dua bulan lalu.
Mohd Hakim Hakimi Mohd Rusdi, 25, dan adiknya, Mohd Haizu Naimi, 21, mengambil pasir di sungai kira-kira 50 meter dari rumah bagi membuat batu-bata untuk mendirikan kediaman di tanah pusaka arw4h nenek mereka, Rakiah Daud.
Mohd Hakim berkata, mereka berniat mendirikan rumah kerana sebelum ini dia, Haizu dan seorang lagi adik mereka, Nurin Amalin, 14, menumpang arw4h nenek selepas kema tian bapa, Rusdi Hassan pada 2010.
Menurutnya, ibu saudara mereka yang berstatus ibu tunggal turut tinggal di rumah nenek ketika itu.
Katanya, ibu mereka pula berkahwin lain dan mengikut suami manakala abang sulung, Mohd Hafiz, 27, berhijrah ke Kuala Lumpur.
” Dulu tak apa ada nenek, bila nenek m3ninggal dnia, kami rasa tak manis tinggal bersama ibu saudara dan anak-anaknya yang semakin membesar.
” Lagipun saya terfikir sampai bila nak menumpang orang, 4rwah pula bagi kami buat rumah di tanah pusaka yang lama ditinggalkan.
” Jadi saya ambil keputusan buat rumah sendiri dengan bantuan adik dan kawan-kawan,” katanya ketika ditemui di kampung itu.
Mohd Hakimi berkata, setiap kali mempunyai duit lebih, dia akan membeli simen dan mengaut pasir di sungai yang bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Katanya, dia yang berkerja kampung tidak mempunyai wang cukup untuk membina rumah selain cuba membuat permohonan kediaman namun tidak pernah mendapat jawapan.
” Syarat nak buat rumah bukan mudah, sebab tu saya dan adik cuba mana kami mampu dan mulakan sikit-sikit kerana kami perlukan rumah untuk berdikari,” katanya.
Sementara itu, ibu saudara mereka, Wan Norhasnida Wan Nordin, 33, berkata, impian membina rumah sudah lama diluahkan Mohd Hakimi.
Katanya, sebelum ini dia tinggal bersama tiga beradik itu dan empat anaknya berusia antara 6 hingga 15 tahun di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah milik saudara mereka.
” Lepas mak meningg4l, Hakimi sering memberitahu mahu rumah sendiri.
” Dia sanggup buat sikit-sikit di tapak asal rumah mak dan saya berharap ada pihak bantu mereka capai impian nak ada rumah sendiri,” katanya.
Sumber: asia kini via kisahbenar via Apple Hijau
Leave a Reply Cancel reply