“Kalau Dulu Terselak Sana Sini, Sekarang Tutuplah…”- Noorkhiriah Berubah Perlahan-Lahan

Pelakon Noorkhiriah berpendapat semua orang perlu memberi kesempatan kepada diri mereka untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik.

Menurut Noorkhiriah, setiap orang ada hak untuk mengubah diri mereka perlahan-lahan bagi terus istiqamah.

“Hidup ni proses,bagi peluang pada diri sendiri. Jangan tengok orang lain sebab tak ada satu pun sama dengan sesiapa, yang menulis ni harubiru lagi tapi syukur bila Allah dah bagi.

“Tapi tak perlulah jadi orang lain, maintain je apa yang ada cuma hidupkan proses. Kalau dulu tersel4k sana sini, sekarang tutuplah..

“Mungkin yang muda tak rasa lagi tapi berdoalah bila tua ada rasa malu, harap sempat..

“Kita berhak merubah diri kita sendiri, perlahan-lahan insya-Allah istiqamah..

“Tak mudah dan tak susah kalau betul-betul nak berubah. Kongsi kebaikan bukan bermakna dah baik. Tapi jangan dipandang siapa yang menyampaikan sebaliknya dengar apa yang disampaikan..

“Tiap manusia ada sisi gelap..maka jomlah kita putihkan tanpa merendah2kan sesiapa,” tulisnya.

Noorkhiriah kongsi pendapatnya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik perubahan imejnya dari bertudung singkat ke tudung labuh.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendapat inspirasi dan kagum dengan perubahan tersebut.

Noorkhiriah Jadikan MPV Van Jen4zah, Sedia Perkhidmatan Percuma

Bukan sahaja diminati ramai kerana bakatnya dalam dunia lakonan, malah Noorkhiriah turut menjadi inspirasi ramai muslimah diluar sana apabila tampil berhijrah dengan imej bertudung labuh mengikut syariat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noorkhiriah berhasrat menjadikan kereta MPV miliknya sebagai van jen4zah. Malah Noorkhiriah turut mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan van jena4zah dan menawarkan perkhidmatan secara percuma.

Dalam perkongsian lain, NoorKhiriah memohon doa orang ramai agar niat baiknya itu dipermudahkan.

Ujarnya, meskipun hidupnya tidak mewah namun dia merasakan perlu meninggalkan sesuatu yang memberi kebaikan kepada orang ramai sebelum menutup mata kelak.

“Saya tak kaya tapi sebelum meningg4l saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Setakat cerita dekat tv tu jangan kira. Jangan kira d0sa pahala orang lain. Semoga kita Istiqamah dalam perjuangan diri sendiri,” katanya.

Perkongsian Noorkhiriah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Noorkhiriah itu serta berharap ianya kan menjadi satu ikutan kepada insan yang lain.

 

 

Sumber : GEMPAK, Instagram @khiriah17

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*