‘Saya Dah Bersara, Tak Ada Apa Nak Rindu Pun’ – Salih Yaacob

SELEBRITI terkenal tanah air, Salih Yaacob, 60, mengakui tiada apa yang nak dirindukannya lagi selepas setahun men1ngg4lkan kerjaya seni sepenuhnya

Salih berkata dia sudah puas dengan apa diraihnya selama ini seperti nikmat populariti dan dikenali ramai yang diperoleh dahulu. Ujarnya dia tidak mahu terus mengenang lagi kerana usia pun semakin ke penghujung.

“Alhamdulillah, saya tidak berasa rindu langsung pada kerjaya seni yang ditinggalkan. Ini kerana, saya anggap diri sudah bersara dan ada fokus lain yang perlu diutamakan.

“Malah, rakan-rakan dalam industri pun tidak ada yang menghubungi dan mencari saya. Jadi, kehidupan yang dijalani kini dirasakan sangat tenang dan damai.

“Saya pun tidak sed1h atau  berkecil hati bila tiada rakan menghubungi kerana saya pun boleh mencari mereka. Cuma, dalam keadaan sekarang saya tahu mereka sudah tentu ada urusan sendiri,”  katanya.

Bahagia mengharungi kehidupan bersama tiga isterinya iaitu Norlizah Mamat, 55, Norfara Wahida Sulaiman, 41, dan Samihah Sheikh Ali atau Emi, 34, bapa kepada 13 anak ini berkata sekarang tumpuan masanya adalah bersama keluarga.

“Kebanyakan anak-anak saya pun sudah besar dan ada yang memiliki keluarga sendiri. Cucu pun sekarang, saya dah ada tujuh orang. Jadi, apa yang nak saya kejarkan lagi.

“Anak masih kecil yang perlu ditanggung pula ada dua orang, iaitu seorang berusia 11 tahun dan paling bongsu, umur enam tahun. Komitmen kehidupan saya sudah tidak besar macam dahulu.

“Isteri-isteri pun saling muafakat dan berkasih sayang. Jadi, saya bersyukur dalam sisa kehidupan ini, Allah sudah mempermudahkan banyak perkara,” katanya.

Menurut Salih, dia juga melihat urusannya untuk terus seronok dengan aktiviti dunia sudah sampai masa berhenti. Sekarang, tempoh yang ada ini baginya untuk mempersiapkan bekalan akhirat pula.

Bersyukur dengan rezeki daripada Allah yang tidak putus, Salih berkata ada tempat tinggal, cukup makan dan pakai buat kekuarganya sudah memadai. Katanya lagi, kini fasa kehidupan dijalani mereka serba sederhana.

Pada tahun lalu, Salih memilih untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio Sinar selepas 13 tahun berkhimat kerana faktor usia dan kesihatan.

Apapun, Salih juga pernah dikenali sebagai pelakon pada era 1980-an apabila membintangi filem seperti seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

 

 

 

Sumber : MyMetro via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*