“Kemah Molek Tak Dop Loghat Luar Pun” – Syahmi, Asif Dan Yoe Dipuji Kekal Tutur Bahasa Kelantan

Lakonan filem pertama Syif Malam Raya bintang YouTube Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerima pujian penonton.

Lebih-lebih lagi apabila tiga sekawan itu mengekalkan penggunaan bahasa Kelantan dalam pertuturan masing-masing.

Sekaligus memartabatkan bahasa ibunda dan negeri kelahiran mereka.

Cuma ada sesekali babak Yoe cuba bertutur bahasa KL untuk mengusik Reen Rahim yang memegang watak sebagai Mira, kakak kepada Yoe.

Disebabkab perkara itu jugalah membuatkan ramai yang tertarik dengan lakonan Syahmi, Asif dan Yoe yang sememangnya berjaya menghidupkan watak mereka dengan cara tersendiri

Selain itu, penonton juga kagum dan menyukai lakonan mereka bertiga yang tidak nampak keras atau kekok sewaktu bergandingan dengan pelakon ternama yang lain.

Tidak hanya Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Sharif, Syaiful, Reen Rahim, Azlee Senario, Saiful Apek dan Daniel Lawak Solo.

Jadi kepada anda yang ingin melihat gelagat mereka, jangan lupa untuk melanggan filem Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu ma yat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jena zah mereka.

Kejadian an eh mula berlaku, dan keke cohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihan tui p0cong.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*