Imbas Memori Raikan Syawal, Lee Chong Wei Beri Nasihat Agar Semua Bersabar

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) menitipkan ucapan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminatnya.

Menerusi laman sosial Instagram, LCW turut mengimbau suasana meraikan Syawal ketika dia masih kecil.

“Walaupun saya bukan beraga ma Islam dan tidak berpuasa, tapi saya rasa Hari Raya memang hari yang dinanti-nantikan oleh semua warganegara.

“Time sekolah baru start penggal, cikgu akan terangkan cuti-cuti perayaan dan cuti semester tahun tu. Budak-budak hafal terus tarikh Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Keamatan, Deepavali dan Christmas. Tarikh-tarikh tulah yang ada chan dibawa ibu bapa pi jalan.

“Masih ingat zaman kecil-kecil, time Raya mak bapa akan bawa pi open house saudara beraga ma Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat.

“Bestnya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, keluar air liur terpikir… Then petang-petang, ikut jiran Melayu main mer cun. I ingat mer cun Cina power, pergh melompat I tgk meriam mer cun dia.

“Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maru ah kampung kita! Memang seronok. Itu time dulu ya kekawan, budak-budak sekarang jangan main mer cun, baha ya!

“Time masuk sekolah sukan, time Raya kantin akan sediakan hidangan raya special. Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu open house jurulatih. Itu semua kenangan terindah,” tulisnya.

Tambah LCW lagi, dia juga teringat momen ketika berse lih faham dengan seorang pemain badminton Indonesia.

“I ingat masa saya belasan tahun, ada se lisih faham dengan seorang pemain Indonesia. Tak sure siapa betol siapa salah, tapi jumpa jer di gelanggang, pandang panas jer kita dua, memang tak puas hati.

“Tiba time raya, teammate nasihat I hantar mesej raya kepada dia. Saya pun mesej, “Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin”. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, LCW juga memohon agar semua orang bersabar menyambut Syawal dengan penuh kesederhanaan ketika wa bak COVID-19 sedang menu lar.

“Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa se dih sebab Raya kali ini mungkin terjejas disebabkan corona virus. Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar.

“Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, seperti mana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu.

“Saya, @wongmewchoo dan dua anak lelaki @kingstonleekc @terrance_leekj ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya…. Kosong-kosong,” tulisnya lagi.

Dedikasi LCW mendapat perhatian pengikut Instagram miliknya, malah ada yang terhibur dengan cerita yang dikarang oleh LCW sehingga mahukan LCW menulis buku mengenai kehidupannya.

 

 

Sumber: Gempak, @leechongweiofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*