“Rasa Janggal Kerana Selama Ini Arw4h Yang Sediakan Persiapan” – Nor Hidayah Sambut Aidilfitri Tanpa Abam Bocey Di Sisi

AIDILFITRI kali ini pasti dilalui dalam keadaan pi1u oleh Nor Hidayah tanpa suami Allahy4rham Abam Bocey di sisi.

Menurut Nor Hidayah, paling membuatkan dia terasa apabila semua persiapan raya biasanya diuruskan oleh arw4h.

“Perasaan tanpa suami di sisi agak janggal dan lain, sebab biasanya semua dia yang aturkan.

“Tambahan pula, untuk menyambut Aidilfitri yang tak lama lagi berkunjung tiba, saya rasa sangat terkesan dengan pemergiannya kerana persiapan yang biasa dilakukan adalah dia,” katanya kepada mStar.

Di samping mengenang kembali persiapan raya yang dilakukan bersama Allahy4rham, Nor Hidayah menjelaskan dia hanya menyediakan keperluan untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Kenangan membuat persiapan beraya dengan arw4h, pergi beli langsir raya, beli hiasan rumah, beli baju raya dan semuanya bersama-sama.

“Jadinya, pada tahun ini, saya hanya buat persiapan keperluan Hamzah untuk beraya sahaja. Ini Syawal yang pertama untuk Hamzah kerana pada Aidilfitri tahun lalu Hamzah masih dalam kandungan,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hidayah meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat mereka sekeluarga.

“Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pada saya, Hamzah dan keluarga,” ujarnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan mening gal du nia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami de mam.

 

 

 

Sumber : Mstar via Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*