Saban tahun kita dibesarkan dengan iklan-iklan raya sarat makna oleh pengarah tersohor, arw4h Yasmin Ahmad.
Baik iklan sayu mahupun berbentuk jenaka, setiap satunya pasti men1ngg4lkan kesan dan berbekas biarpun pengarah itu telah men1ngg4lkan kita 11 tahun lalu.
Mesej yang baik kita ambil untuk dijadikan teladan, semoga memori bersama arw4h Yasmin tetap terpahat di hati menerusi karya-karya magis iklannya.
Di sini Gempak senaraikan lima iklan raya terbaik hasil arahan arw4h Yasmin, untuk anda hayati.
1. Ombak Jahat (2001)
Kisah dua beradik yang menunggu kepulangan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan di tepi laut ketika ribut cukup membuatkan penonton sayu.
Akhirnya, berkat doa adik lelaki, dia mengharapkan agar semua kanak-kanak di seluruh dunia dapat merasai nikmat kasih sayang seorang ayah.
2. Al-kisah Janda Beranak Tujuh (2003)
Gara-gara terlupa membeli daging, limpa dan hati lembu yang dipesan oleh ibunya, tujuh beradik kelam-kabut mencari bahan tersebut yang sudah habis di pasar.
Betullah syurga di bawah tapak kaki ibu, mereka kembali ke rumah dengan membawa pulang seekor lembu untuk disembelih.
3. Aku Ingin Pulang (2006)
Mana mungkin anda boleh lupa dengan dialog “nanti bila kakak besar, abah dengan mak duduk sini, kakak dengan adik duduk dalam rumah” sehingga membuatkan ibu bapa mereka tergamam.
Mesejnya cukup ringkas, buat baik dibalas baik. Sayangi dan hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa. Itulah harta paling berharga buat seorang anak.
4. Penarik Beca (2004)
Kisah seorang pakcik penarik beca yang masih bekerja biarpun sudah uzur demi mencari sesuap nasi cukup berbekas sehingga kini.
Anda yang masih ada ibu bapa, pulanglah ke kampung. Jenguklah ibu bapa selalu, mereka pasti merindui anak-anak dan cucu.
5. Ayah (2005)
Gandingan pelakon Sharifah Amani dan Iqram Dinzly antara yang paling menyerlah di samping jalan cerita kasih seorang ayah.
Iklan Ayah juga memberikan mesej yang kuat, didikan seorang ayah mampu membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Semoga karya arw4h terus dihayati oleh generasi muda dan memberikan banyak teladan. Terima kasih Yasmin Ahmad, al-fatihah.
Sumber: Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply