Keputusan UPSR Dapat 5A, Pavithra Dedah Dirinya Tak Dapat Habiskan Pelajaran, Ini Sebabnya

Di sebalik kisah YouTuber, S. Pavithra yang mencvri tumpuan ramai dengan video-video masakannya, sebenarnya, ada kisah yang lebih menyen tuh hati mengenai ibu kepada dua anak ini.

Menurut Pavithra, ketika zaman remaja, dia tidak dapat menghabiskan pelajaran di sekolah gara-gara berdepan masalah kewangan akibat kesempitan hidup keluarganya.

“Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar.

“Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Pavithra lagi, sebaik berhenti sekolah, dia membantu bapanya yang merupakan buruh binaan untuk mencari wang dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

“Ayah kemudian suruh saya kerja, sebab kami susah. Jadi, bantu dia cari wang. Lagipun, ketika itu saya paling tua kerana kakak sulung dijaga oleh nenek.

“Sewaktu kerja di kilang, saya banyak bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan Melayu. Dari situlah bahasa Melayu saya menjadi lagi fasih,” katanya merupakan anak kedua daripada lima beradik.

Terdahulu, kisah Pravithra yang merupakan keturunan India mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan video masakannya yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Video masakan itu turut mencvri tumpuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, saluran YouTube Sugu Pavithra sudah mencecah 578,000 subscriber dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Ia merupakan usahanya untuk membantu suaminya, M. Sugu yang bekerja sebagai seorang buruh ladang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan sahaja.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*