“Sabar Macam Tok Ti, Muncung Tu Nak Pergi Mana” – Aafiyah #PatienceChallenge, Ini Hasilnya

Anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah mendapat perhatian netizen kerana sikap sabarnya.

Menerusi akaun Instagram, Siti berkongsi video pendek yang merakamkan gelagat Aafiyah menunggu penuh kesabaran sebelum membuka air yang diletakkan disebelahnya.

Paling menarik, video  itu juga menunjukkan wajah Aafiyah yang menanti sambil duduk di atas tangga dengan mimik muka comel.

Difahamkan, tujuan video itu diambil untuk turut sama menyertai cabaran yang tu lar di mana ibu bapa melakukan cabaran untuk menguji tahap kesabaran (#patiencechallenge) anak-anak mereka yang masih kecil.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji kecomelan Aafiyah dan menyifatkan sikap sabar itu diwarisi oleh ibunya.

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig @ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*