Pelakon, penyanyi, pengacara penghibur, pelawak dan pelbagai lagi gelaran sememangnya layak diberikan kepada anak seni bernama Afdlin Shauki.
19 Mei 2020, Afdlin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 49 tahun. Pada tahun 2017, Afdlin Shauki dianugerahkan darjah yang membawa gelaran Datuk.
Dalam satu entri di Instagramnya, Datuk Afdlin Shauki bersyukur dengan sambutan hari lahirnya yang dianggap yang terbaik sehingga kini.
Beberapa orang selebriti dan peminat-peminat turut men1ngg4lkan ucapan selamat hari lahir kepada beliau di ruangan komen pada entri tersebut.
“Hari jadi yang terbaik buat orang tua ni. Terima kasih Allah. Syukur kerana buat kami sihat dan boleh fight satu hari lagi untuk jadi lebih baik.
“Mintak ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah dan tersilap dan halalkan termakan dan terminum. Love you all! Dan berita baik dari KKMM yg kita boleh start shooting lepas raya! Syukur syukur syukur!! Alhamdulillah!” tulis Afdlin yang ternyata gembira dengan berita tersebut.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply