PRIHATIN: Pekerja Gaji Bawah RM4K Dapat Subsidi Upah RM600 Sebulan

KERAJAAN akan menyediakan subsidi upah RM600 sebulan selama tiga bulan kepada pekerja dengan gaji bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan 50 peratus sejak 1 Januari lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majikan mesti memastikan mereka tidak memberhentlkan pekerja atau meng4rahkan kakitangan mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program itu dilaksanakan.

Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memot0ng gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta pekerja dengan peruntukan RM5.9 bilion.

Dalam erti lain, bantuan ubsidi upah RM600 sebulan sebenarnya adalah untuk meringankan beban majikan menanggung gaji pekerja. Majikan boleh mohon untuk ‘topupkan’ gaji pekerja.

Sebagai contohnya, gaji anda RM2,000 sebulan. Menerusi bantuan ini, majikan hanya perlu membayar RM1,400 dan selebihnya RM600 akan dibayar oleh Kerajaan. Ini bermakna, pekerja masih lagi dapat gaji yang sama.

Bagaimanapun, majikan yang mampu membayar gaji penuh pekerja seperti biasa boleh tidak memohon bantuan itu. Untuk ketahui lebih lanjut, pekerja boleh semak dengan bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HR) syarikat masing-masing.

 

 

 

Sumber : Bernama via thetulars via Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*