Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai memilih perkhidmatan pembelian atas talian kerana lebih mudah dan selamat.
Dek peningkatan trend ini, petugas kurier ibarat tidak menang tangan dan sedaya upaya memastikan barang pelanggan dapat dihantar segera.
Bagaimanapun masih ramai meru ngut kerana tidak berpuas hati barang yang dibeli sampai lewat ke tangan mereka.
Di sebalik ru ngutan itu, tanpa kita sedar ada situasi yang cukup merun tun hati dilalui petugas kurier ini.
Menerusi perkongsian seorang individu yang menggunakan nama Facebook Masakan Utara Barat, dia meluahkan rasa se bak melihat keadaan petugas terbabit yang ke cewa apabila tidak menerima bonus perayaan seperti kebiasaannya pada tahun ini.
Keadaan lambakan barang pelanggan sebuah syarikat kurier yang tular di media sosial. foto Facebook
“Ya Allah se dihnya, ni bukan cerita rekaan tapi cerita betul. Tadi lepas abang Posmen ni selesai hantar surat dan barang yang aku beli online tu, ada orang call dia.
“Lepas jawab call tu dia terus duduk termenung di situ dalam keadaan basah lencun. Masa tu tengah hujan lebat, aku tengok muka dia memang nampak se dih sangat,” tulisnya.
Tidak sampai hati meihat keadaan, individu tersebut berkata dia meminta adiknya untuk bertanyakan masalah dihadapi pemuda itu.
“Aku segan nak tanya sebab aku ingat dia baru putus cinta ka apa kan. So aku suruh adik aku tanya dia kenapa muka nampak se dih.
“Mulanya dia kata tak ada apa-apalah, bila ditanya dua tiga kali akhirnya dia jawab,” katanya.
Namun respons pemuda tersebut benar-benar mengejutkan.
“Dia kata kawan dia call tadi beritahu tahun ni tak ada bonus. Katanya tak pernah lagi jadi macam ni.
Reaksi posmen tersebut selepas menerima panggilan menyedihkan daripada kawannya.
“Tahun lepas dapat juga RM1,000 tapi tahun ni tak dapat langsung. Dia kata dahlah kerja makin banyak tapi bonus pula tak ada.
“Dia cakap dalam keadaan se bak dan meleleh jugak air mata jantan dia,” katanya.
Dalam posting tersebut, pemuda itu berkata dia amat mengharapkan bonus tersebut kerana ada banyak tanggungan.
“Dia nak kena tanggung family dia sebab ayah dia dah meninggal tiga tahun lepas.
“Nak bayar hutang motor, rumah sewa dan macam-macam lagi. Gaji dia RM1K lebih ja,” katanya.
Susulan itu, individu tersebut berharap agar pihak kerajaan dapat membela nasib pekerja kurier yang terkesan dengan pengumuman tersebut.
“Saya harap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia tolong bersuara bagi pihak posmen di Malaysia ini.
Antara reaksi netizen yang simpati dengan nasib menimpa pemuda tersebut.
“Kesiankanlah mereka… wira barisan hadapan yang tidak didendang ini,” katanya.
Perkongsian tersebut menjadi tu lar dan ramai menggesa syarikat kurier terbabit peka dengan nasib kakitangan mereka yang terpaksa bergadai nya wa dalam menjalankan tugas ketika pandemik Covid-19.
“SubahanAllah… apa ini ujian buat mereka. Tolonglah masing-masing mendoakan semoga ada pihak melihat abang-abang posman ni. Doakan mereka agar dipermudahkan segala urusan,” kata Amir Syahrizan.
“Brader P****** sini keje sampai 4 pagi nak settle parcel kat store! Bos-bos mana nampak. Bonus woi bonus!!,” kata Ahmad.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply