“Walaupun Saya Ketua Keluarga, Dia Ajar Urus Waktu Solat Dengan Elok” – Dedikasi Ucapan Istimewa, Ajak Shiro Hargai Isteri

Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro melayangkan ucapan penghargaan kepada isterinya, Afifah Amin yang menyambut hari guru semalam.

Menerusi laman sosial Instagram, Ajak atau nama sebenarnya, Mohamad Hanaffi Razak, 34, berkongsi foto berdua bersama satu ucapan hari guru dedikasi khas buat isterinya.

“Walaupun saya adalah ketua keluarga, tapi dia banyak mengajar saya. Mengajar saya tentang berjimat, gigih bekerja, cara menegur anak-anak, urus waktu solat dengan elok, terus berdiri ketika saya jatuh dan erti hidup sebagai seorang suami.

“Tanpa kamu mana mungkin saya belajar semua ni. Paling penting, terima kasih kerana kamu mengajar anak-anak kita walaupun letih selepas mengajar anak-anak murid kamu.

“Selamat hari guru buat isteri saya yang sangat saya cintai. Semoga kamu terus gigih mencurah ilmu kepada anak bangsa,” tulis Ajak menerusi ruangan kapsyen..

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 27,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Hasil perkongsian hidup Ajak dan Afifah, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, 10, Mohamad Had Thaqif, 7, dan Nada Soffea, 5.

 

Perkongsian Ajak itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramnya.

 

Sumber: Gempak, @ajakshiro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*