‘Saya Tidak Pernah Menyesa1’ – Syed Saddiq Wish Birthday Paling ‘Deep’ Buat PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut ulang tahun kelahiran beliau ke 73 semalam, 15 Mei 2020. Tidak ketinggalan memberi ucapan penuh makna adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Meskipun kini dilihat berbeza pendapat mengenai hala tuju Bersatu, Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi ucapan selamat hari lahir kepada perdana menteri yang juga presiden partinya, Muhyiddin Yassin.

Dalam mesej sempena ulang tahun ke-73 Muhyiddin yang dikongsi di Facebook semalam, Syed Saddiq mengimbas nasihat Muhyiddin kepadanya untuk tetap jujur pada diri sendiri.

Sokong tanpa harap apa-apa ganjaran

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, Perdana Menteri telah banyak mengajarnya banyak perkara sepanjang penglibatan dalam kancah politik. Antaranya ancam4n dari pihak tertentu kerana menyokong Perdana Menteri ketika pernah ‘disingk1rkan’ Umno, suatu masa lalu.

Saya masih ingat Tan Sri sebagai seorang pemimpin yang mengajar saya untuk berpegang kepada prinsip walaupun berdepan dengan ancam4n dan ganjaran untuk memujuk saya berpaling tad4h.

Tan Sri juga tahu ugut4n yang diterima keluarga dan saya sendiri setelah menyatakan sokongan kepada sokongan kepada Tan Sri. Tan Sri jumpa keluarga saya dan menjamin kita akan hadapi semua ini bersama. Lalui semua ni, saya tak harapkan apa-apa kerana saya percaya Tan Sri sepenuh hati. Saya tahu Tan Sri orang baik-baik.

Tidak menyesal

Syed Saddiq juga berkata dia tidak pernah menyesal dengan keputusan dan sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini kerana menganggap beliau sebagai pemimpin yang diperlvk4n ketika ini.

Saya masih ingat ada pemimpin yang tanya berapa Tan Sri bayar saya untuk beri sokongan. Saya tidak pernah menyesal kerana saya tahu Tan Sri pemimpin yang Malaysia perlvk4n.

Satu penghormatan untuk pamer sokongan semampu saya. Mungkin kita berbeza pandangan ketika ini, namun hormat saya tidak akan berkurang.

 

 

Sumber: Syed Saddiq via OhBulan via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*