Nampak Sihat Tetapi Ini Keadaan Terkini Zamani Yang Ramai Tidak Tahu

PENYANYI popular Zamani, 49, sudah mula melakukan raw4tan bagi memulihkan peny4kit skoliosis iaitu tul4ng belakang melengkung yang sudah lama dider1tainya.

Zamani mendapatkan raw4tan urutan di pusat raw4tan di ibu negara dan sudah melakukannya sebanyak lima kali.

Zamani berkata, raw4tan itu bagaimanapun terpaksa dihentikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa sekaligus membuat dia terpaksa menahan s4kit.

“Saya meletakkan harapan sekurang-kurangnya rasa selesa dengan raw4tan alternatif ini, tapi sekarang saya hanya duduk rumah dan ia buat saya bertambah s4kit. Lima sesi yang dibuat itu hanya permulaan kerana sepatutnya raw4tan tak terhad sehingga saya rasa okay dan ada perubahan,” katanya.

Menurutnya, kesan kes4kitan terasa kerana tul4ngnya sudah mula dipegang dan diurut, namun selepas itu terbiar.

“Sak1tnya sukar digambarkan. Apa yang dirancang dah jadi lain. Saya sekarang hanya makan pi1l penahan s4kit sahaja. Itupun tak boleh banyak sangat bimbang dengan kesan sampingannya. Di rumah pun saya banyak baring dan mendiamkan diri.

“Sekarang PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Harapnya saya dapat berkunjung semula ke sana untuk meneruskan raw4tan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Zamani yang berkahwin dengan Nur Juliana Abdul Rani, 38, pada 20 September lalu pernah menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perub4tan swasta namun tidak melakukan raw4tan susulan kerana terlalu sibuk.

Dia yang mengerjakan umrah bersama isteri dan keluarganya pada 30 Oktober lalu, pernah memberitahu keadaan tulang belakangnya semakin teruk.

“Saya tak kisah sama ada raw4tan moden atau tradisional asalkan peny4kit ini dapat dikurangkan,” katanya.

Dia yang menginginkan zuriat turut berharap peny4kit ini tidak mengg4nggu karier dan kehidupan berkeluarganya.

Zamani kini tampil dengan lagu hari raya berjudul Syawal Ini terbitan KRU Music. Lagu ciptaan Neo dan penerbit Bajai ini mengisahkan mengenai keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran.

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara lemak merdu, Zamani, 49, bersyukur sempat mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Nur Juliana Abd Rani, 37, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

Jika tidak, hidupnya pasti terasa kesunyian apabila terpaksa menjalani tempoh PKP secara bersendirian.

Kehadiran wanita yang dikenali sejak 14 tahun itu banyak mengubah hidupnya, sambutan Ramadan dan Syawal juga lebih bermakna dengan kehadiran wanita bergelar isteri dalam hidupnya.

Sejak pemergian orang tuanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu hanya menumpang kasih dengan kakak, tetapi ia tidak sama dengan kehadiran seorang isteri. Zamani dan Nur Juliana bernikah secara tertutup di sebuah lokasi di Ampang pada 20 September lalu.

“Hidup saya sering sahaja kesunyian selepas pemergian orang tua. Namun, saya akui mendapat kegembiraan semula selepas rumah tangga sejak lapan bulan lalu.

“Saya boleh menjalani ibadat puasa bersama isteri. Jika sebelum ini, waktu sahur selalu ‘terbabas’, tetapi Alhamdulillah, saya dapat bersahur dengan sempurna apabila sudah beristeri,” kongsi Zamani.

Berkongsi sambutan Syawal, Zamani bercadang pulang ke kampung halaman Nur Juliana di Terengganu untuk berkenalan dengan sanak saudara sebelah isterinya itu.

Namun, katanya, disebabkan tempoh PKP, mereka terpaksa menangguhkan hasrat berkenaan dengan hanya meraikan Syawal bersama kakaknya yang tinggal berhampiran.

“Saya belum berkesempatan pulang ke kampung halaman isteri kerana jadual kerjaya yang padat. Jadi, kami merancang mengambil kesempatan Syawal untuk menziarahi sanak saudara, sambil berkenalan. Namun, ia belum kesampaian kerana tidak boleh merentas negeri.

“Insya-Allah, kami akan pulang ke Terengganu selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir,” katanya kepada BH Online.

Mengulas perkembangan kerjaya seninya, Zamani berkata, kerjaya nyanyian terjejas akibat tempoh PKP. Beberapa undangan persembahannya tergendala.

“Saya akui hilang punca pendapatan, tetapi situasi begini bukanlah baharu dalam hidup saya. Sejujurnya, undangan persembahan semakin berkurangan sejak dua hingga tiga bulan sebelum tempoh PKP dilaksanakan.

“Ada hikmah di sebalik kurang undangan nyanyian. Ia memberi peluang kepada saya menjalani raw4tan tulang belakang yang bengkok.

“Saya mendapat raw4atan urut daripada orang buta, tetapi baru sempat menjalani lima sesi raw4tan. Saya tak teruskan sebab tempoh PKP dikuat kuasa,” katanya.

Di sebalik rentak kerjaya nyanyian perlahan, Zamani berkata, dia bersyukur dilamar KRU Music untuk menghasilkan single raya berjudul Syawal Ini. Lagu ciptaan Neo yang diterbitkan Bajai sudah siap sejak Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya berpeluang memasuki studio untuk rakaman pada 4 Mei lalu akibat tempoh PKP.

“Kami menyiapkan rakaman dalam tempoh yang singkat. Selepas tiga kali berlatih, saya terus memasuki studio untuk proses rakaman. Jika sebelum ini boleh mengambil masa selama satu atau dua bulan, tetapi lagu Syawal Ini berjaya disiapkan dalam tempoh seminggu.

“Mulanya, saya bimbang mahu keluar berikutan banyak sekatan jalan raya, tetapi Alhamdulillah, saya tak menempuh halangan, sebaliknya menyiapkan lagu ini dengan cepat.

“Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Bajai. Saya seronok bekerjasama dengannya. Insya-Allah, sekiranya ada rezeki, saya ingin bekerjasama Bajai untuk lagu komersial pula,” katanya.

Single Syawal Ini mengisahkan keinsafan seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Ia mengangkat kisah ibu bapa yang sudah tiada dan doa anak merindui mereka.

Zamani berkata, tidak menafikan lirik lagu berkenaan seperti mempunyai persamaan dengannya, tetapi kini, hidupnya semakin sempurna dengan kehadiran isteri.

Selain projek lagu bersama KRU Music, Zamani berkata, dia bersama anggota Slam dijangka merakamkan semula dua lagu raya milik penyanyi lain.

“Proses rakaman akan dilakukan saya dan anggota Slam di kediaman masing-masing dan akan disiarkan menerusi platform digital, tidak lama lagi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM via BH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*