Ayat memikat, mengayat atau pickup line menjadi trending sejak digunakan ahli kumpulan lawak tanah air termasuk negara jiran kita dalam satu rancangan realiti lawak suatu ketika dahulu.
Penggunaannya kini makin meluas bukan sahaja sering menjadi bahan tawa, malah sinonim dengan salah satu kaedah memikat hati seseorang termasuk ahli keluarga kita.
Terbaharu, tindakan seorang pemuda memberi pickup line kepada ibunya telah mengundang rasa seb4k dan terharu orang ramai.
Apa beza mak dengan kereta ?? pic.twitter.com/fMcJMbaAUQ
— Wan Amal Atiq | XVERTS (@royft7) May 12, 2020
Menerusi video dimuat naik di laman sosial, kelihatan pemuda tersebut memberi pickup line kepada ibunya dengan membuat perbandingan wanita itu dengan kenderaan.
“Apa beza emak dengan kereta?
“Kereta boleh bawa kita jalan-jalan, tapi emak boleh bawa kita ke syurga,” katanya.
Sebaik mendengar pickup line diberikan lelaki tersebut, wanita itu kelihatan tersenyum, sekali gus mengundang rasa seb4k di kalangan netizen.
Ternyata, perkongsian yang pada mulanya dimuat naik untuk menghiburkan orang ramai mengundang rasa sayu netizen pula.
Walau di mana saja ibu bapa anda berada, titipkanlah doa buat mereka ya.
Sumber : Twitter via ForumCari via jalankami via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply