Penyanyi Mila Jirin akui dia mendapat hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna apabila tampil bertudung labuh menutupi d4da.
Mila berharap agar dia terus istiqamah dengan penampilan terbarunya dan terus memperbaiki diri.
”Allah, doakan saya istiqamah dengan penampilan terbaru saya.
”Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁.
”Masya-Allah, rupa-rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertvsuk kedalam, rasa malv dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵,” tulisnya.
Mila berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambarnya bertudung labuh menutupi d4da.
Mila berkata dia bersyukur kerana Allah memberinya hidayah di bulan Ramadan ini.
”Alhamdulilah , Ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqamah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.
”Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.
“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap,” katanya lagi.
Mila merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasi musim kelima dan menjadi juara untuk program realiti musim tersebut.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi positif daripada pengikut instagramnya.
Sumber: Gempak, @mila_jirin
Leave a Reply Cancel reply