Penyanyi Tomok dan Rahayu Abas telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
Terbaharu, Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu berharap tidak ada pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk menjadi suri rumah.
Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu meluahkan isi hatinya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Kata Ayu, walaupun memiliki ijazah namun dia tetap tidak mengabaikan kepentingan ilmu.
“Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai, MRSM Pengkalan Chepa.
“Jangan tanya dibu why i became housewife with those cert i had…”
“Pengalaman bekerja memang banyak dari profesional sampai lah orang bawahan tetapi saya gembira gembira.”
“Sekarang apabila menjadi seorang suri rumah saya dapat menjaga suami, anak-anak dan juga ibu bapa saya.”
”Walaupun hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ingat! EDUCATION tu penting it is sort of our INSURANCE of life..”
“Tidak kira kat mana kita berada ilmu tu berguna. Kita tak tahu masa depan tapi kita mampu merancang.”
“Saya tidak ‘membuang’ apa yang saya telah belajar sebelum ini tetapi saya akan pastikan untuk mengajar anak-anak saya, tolong suami dan keluarga.”
“Tanpa ILMU saya tak rasa saya akan berjaya menguruskan kehidupan saya dengan baik. Ini adalah apa yang saya belajar menerusi pengalaman.”
“Nasihat dibu untuk semua kat luar sana… Belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan.”
“Tidak kira apa jantina atau status kamu tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan,” coretnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengikut instagramnya.
Sumber: Gempak, Ig @ ayu_abas
Leave a Reply Cancel reply