Jual Roti Jala Murah Dari Harga Pasaran? Ini Jawapan Jasmin Hamid

Menurut Jasmin, dia memilih juadah roti jala kerana niat perniagaannya untuk arw4h ibunya yang men1nggal dun1a pada tahun 2016.

“Kenapa saya pilih roti jala sebagai perniagaan? Semuanya kerana arw4h mama saya.

“Terima kasih kepada yang dah sokong perniagaan saya dan semoga pahalanya sampai buat kedua arw4h ibu bapa saya dan juga ibu bapa yang lain,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 membuat keputusan untuk menjual roti jala dengan harga murah kerana ingin lebih ramai yang dapat berkongsi rezeki.

“Ramai yang tanya, kenapa saya jual murah dari harga pasaran? Jawapannya supaya lagi ramai yang sokong, moga lagi banyak pahala yang mengalir untuk arw4h ibu bapa saya dan ibu bapa yang lain.

“Dan kebanyakan penyokong-penyokong saya beli sebab nak berkongsi rezeki dengan yang lain. Sedekah makanan dapat panjangkan umur kita dan dapat menghapuskan d0sa, sebagaimana air itu memadamkan api.

“Bila saya jual dengan harga sedemikian, korang dengan lapang dada dapat beramal tanpa rasa terbeban.

“Hendaknya dengan wab4k Covid-19 ini, bila kita banyakkan bersedekah makanan, moga Allah akan cepat hapuskan wab4k ini.

“Tambahan di bulan Ramadan ni, Allah akan lipat gandakan pahala pada hambaNya yang melakukan amal kebaikan,” tulisnya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @jasminhamidjh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*