Jasmin Teringat Roti Jala Bonda

KUALA LUMPUR: Pemergian ibu tersayang, Allahy4rh4mah Khadijah Adnan pada 2016 men1ngg4lkan kesan paling dalam buat pelakon, Jasmin Hamid.

Setiap kali tibanya Ramadan, rasa sed1h pasti bertandang. Masih jelas dalam ingatan, arw4h ibu menghembuskan nafas terakhir kira-kira seminggu sebelum umat Islam menyambut bulan puasa.

Lebih menyedihkan pelakon filem Kanta Serigala ini, enam bulan selepas ibu pergi, bapanya pula men1ngg4l dunia.

Mengimbau kenangan bersama arw4h ibu menyambut Ramadan, Jasmin teringat arw4h cukup suka memakan roti jala.

Berikutan itu, ketika berkira-kira hendak berniaga, Jasmin memutuskan menjual roti jala, sejak Februari lalu, tanda ingatan buat arw4h ibu.

“Saya terfikir menjual roti jala kerana arw4h ibu cukup suka juadah ini. Secara tidak langsung, saya boleh niatkan berniaga untuk arw4h ibu bapa.

“Insya-Allah, berkat sokongan ramai, niat itu terus dipanjangkan. Saya jual pada harga berpatutan,” katanya kepada BH Online.

Kali pertama berniaga makanan, Jasmin pernah mencuba pelbagai jenis bisnes.

“Biasalah, orang berniaga ada turun dan naik. Namun, bisnes makanan sudah menjadi tradisi keluarga.

“arw4h datuk dan nenek pernah membuka restoran. Begitu juga sanak-saudara lain,” katanya.

Jasmine bersyukur hasil jualan roti jala menjadi sumber pendapatan ketika aktiviti seni terhenti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya datang dari keluarga susah. Apatah lagi anak sulung. Pada usia lapan tahun, saya pernah menolong ayah berniaga pasar malam.

“Kami jual satay, pisang goreng, ketupat, buah-buahan dan bermacam-macam makanan lain untuk menyara hidup.

“Sifat malv berniaga sudah tiada. Mesti kena terj erit terpe kik untuk tarik perhatian pembeli,” katanya.

Berikutan itu, akui Jasmin, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan seusia.

“Kadang-kadang sed1h apabila kawan ajak bermain, saya tidak dapat ikut. Pulang daripada pasar malam pun sudah lewat.

“Sampai rumah, sebelum tidur, kerja sekolah perlu disiapkan. Saya tidak pernah ponteng sekolah sebab tahu betapa susahnya ibu bapa mencari duit untuk beri saya pelajaran.

“ibu bapa pernah berpesan, biar miskin tapi harus ada pelajaran. Ilmu penting untuk masa depan,” katanya.

Jasmin tidak menyangka bidang perniagaan terus sebati dalam diri biarpun sudah bergelar pelakon.

“Minat berniaga sudah ada dalam da rah dan keturunan saya. Sebenarnya, berlakon juga cabang bisnes kerana kita menjual bakat,” katanya.

 

 

Sumber : BH Online via Soya Lemon, Ig @jasminhamidjh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*