‘Saya Menangis Rindukan Ayah’

KUALA TERENGGANU: Kehilangan bapa pada usia yang masih muda memberi kesan yang mendalam terutama apabila melihat rakan sebaya yang masih mempunyai ayah.

Bukan hanya perasaan rindu saja yang datang tetapi juga cem buru melihat rakan lain mendapat kasih sayang dan perhatian daripada seorang bapa.

Bagi Mohd Naif Mohamad Rizal, 8, penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Sakinah Terengganu (PKPBST), dia hanya mampu menangis setiap kali terkenang bapanya, Mohamad Rizal Minal yang men1ngg4l dunia akibat bar4h tul4ng dua tahun lalu.

Mohd Naif ditempatkan di situ bersama adiknya, Mohd Wasil, 6 dan kakaknya Siti Solehah Magfirah, 9 sejak kem4tian bapanya.

“Sampai sekarang masih rinduk4n ayah, selalu ingat ayah terutama ketika hendak tidur. Selain berdoa untuk ayah, saya dan adik selalu menangis setiap kali teringat pada ayah,” katanya.

Mohd Naif berkata, dia berusia 6 tahun ketika bapanya men1ngg4l dunia justeru tidak banyak kenangan bersama bapanya itu yang diingati tetapi rasa rindu tidak pernah surut.

“Ketika masih sihat, ayah sering bawa saya berjalan-jalan, tetapi sejak dia mula s4kit saya tidak lagi dibawa berjalan-jalan.

“Apabila ayaha men1ngg4l dunia, saya menangis. Saya rinduk4n ayah dan perlvk4n kasih sayangnya,” katanya.

Katanya walaupun dia memiliki ramai kawan di PKPBST tetapi perasaan rindu pada bapa tetap dirasai sehingga kini.

Adiknya, Mohd Wasil berkata, dia cem buru melihat kanak-kanak seusia yang masih mempunyai bapa dan mendapat perhatian serta kasih sayang daripada seorang bapa.

“Saya masih kecil oleh itu memang perlvk4n perhatian daripada seorang ayah.

“Ibu sibuk berkerja mencari rezeki untuk kami selepas kem4tian ayah, oleh itu kami perlu tinggal di KPBST sekarang,” katanya.

Mohd Wasil berkata, dia juga rinduk4n ibunya kerana sudah lama tidak berjumpa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu.

 

 

Sumber : BH Online via Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*