Scha dan suami aktor Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang lahir pada 22 Julai 2014.
Terbaru, si cilik comel Lara Alana menghadiahkan sebiji kek sebagai simbolik meraikan hari ibu bersama pelakon Scha Alyahya.
Menerusi laman sosial Instagram, lara memuat naik dua foto bersama ibunya untuk tatapan umum.
Malah, Lara turut menulis ucapan bermakna yang ditujukan khas buat ibunya sebagai kapsyen foto.
“Selamat hari ibu kepada kawan baik saya, guru saya dan rakan shopping saya.
“Terima kasih kerana lahirkan saya ke dunia ini dan terima kasih sebab sentiasa nak jadikan Lara anak yang terbaik. I love you my best friend,” tulis Lara.
Tambah istimewa apabila mereka sekeluarga meraikan hari ibu bersama sebiji kek black forest.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut turut memberikan ucapan hari ibu kepada Scha.
Malah, ramai yang memuji penampilan Lara yang semakin comel.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 22,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sumber: Gempak, IG @laraalanaa
Leave a Reply Cancel reply