Sembilan Doktor Kacak Buat #Dontrushchallenge Bikin Peminat Tak Keruan

Bukan mudah menjadi frontliner dan pada masa yang sama cuba mencari masa untuk merehatkan kepenatan fizikal dan minda.

Antara perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan adalah membuat #dontrushchallenge, cabaran yang seolah menunjukkan anda berada berdekatan antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak.

Antara #dontrushchallenge yang anda boleh saksikan adalah daripada artis, selebriti, jurumekap, kru penerbangan dan banyak lagi.

Terbaru, sembilan orang doktor kacak ini turut tidak mahu ketinggalan untuk berhibur sambil menunjukkan kreativiti masing-masing dalam #donrushchallenge.

Ternyata #dontrushchallenge mereka mendapat perhatian ramai sehingga ada netizen yang memuji ianya antara cabaran yang paling menyeronokkan setakat ini.

Komen Netizen :

 

 

Sumber: Gempak, Ig @drchehafiz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*