Papa Penat Tapi Dia Seronok – Dafi

KUALA LUMPUR: “Biarpun Papa penat, tapi dia seronok dengan kerjanya sekarang.”

Itu reaksi penyanyi, Dafi apabila ditanya mengenai ayah, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sering muncul di kaca televisyen (TV) berkongsi perkembangan terkini penul4ran c0v1d-19 dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dafi atau nama sebenar, Gadaffi Ismail Sabri berkata, dia seronok melihat bapanya membuat ‘comeback’ selepas lebih setahun berehat daripada dunia politik.

“Saya seronok lihat Papa bekerja sekarang. Biarpun dia agak penat kerana bekerja berhabis-habisan, Papa gembira dengan apa yang dilakukan.

“Sebelum ini, selama setahun setengah, Papa berehat daripada melakukan apa yang dia suka. Jadi, sekarang, apabila dia kembali buat apa yang disukai, kami sekeluarga seronok.

“Sepanjang tempoh kerajaan menangani c0v1d-19, saya lihat Papa kerja bersungguh-sungguh. Sebagai anaknya, saya berbangga apatah lagi selepas ramai yang meluahkan penghargaan kepada Papa,” katanya kepada BH Online.

Mengaku tidak 1ri hati melihat Papa lebih popular berbanding dirinya sekarang, Dafi tersentuh dengan kesungguhan bapanya bekerja biarpun kadang-kala berdepan kriti kan rakyat.

Dafi berkata, dia terhibur apabila netizen membangkitkan soal penampilan bapanya pada sidang media, malah menyamakan kemeja dipakai dengan kuih-muih.

“Membaca komen netizen membuatkan saya tergelak. Sebenarnya, Papa sudah lama ada koleksi baju begitu, bukan baru pakai untuk menarik perhatian orang ramai,” kata bekas peserta musim kelima, Akademi Fantasia (AF) ini.

Mengenai pelaksanaan PKP dan PKPB, Dafi kece wa mendapati ada kes individu menging karinya, sedangkan petugas barisan hadapan bekerja keras mengawal penul4ran c0v1d-19 dan memastikan rakyat selamat.

“Saya risau apabila menyedari Papa turut berhadapan dengan risik0 j4ngk1tan kerana Papa adalah petugas barisan hadapan.

“Jadi, apabila mendapat tahu masih ada pihak tidak dengar arahan, saya kece wa. Petugas barisan hadapan berta rung nya wa untuk memastikan semua orang selamat, jadi hargailah mereka dengan duduk di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, Dafi bersyukur keadaan bertambah baik sekarang.

“Alhamdulillah, sekarang Papa ada masa untuk pulang berbuka puasa bersama kami,” katanya.

Sementara itu, bertanya mengenai perkembangan karier seninya, Dafi sudah merencana hasrat untuk kembali aktif menyanyi, awal tahun ini. Namun, penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lalu membuatkan perancangan terbantut.

“Saya sudah merancang berjumpa beberapa komposer untuk mencari lagu baharu. Elok sahaja mengaturnya, PKP dilaksanakan.

“Kali terakhir saya menghasilkan single adalah kira-kira dua tahun lalu. Selepas lagu Girl, saya merancang untuk kembali aktif.

“Tidak tahu sampai bila keadaan ini berterusan. Kita juga tidak tahu bila industri hiburan akan pulih. Tidak mengapa, insya-Allah, ada rezeki, pasti perancangan dapat dilaksanakan, tahun ini,” katanya yang sudah 12 tahun menceburi dunia seni.

 

 

Sumber : BH Online via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*