Sebut saja nama usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa pastinya ramai sudah mengetahui kejayaan yang dilakukan olehnya dan dalam pada masa yang sama, dia turut tidak lokek berkongsi perkara baik yang menjadi amalannya.
Jika beberapa hari lalu, rakaman video jelajah bilik Neelofa menjadi bualan hang4t warganet apabila kakaknya, Noor Nabila berkongsi himpunan barang mewah yang dimiliki olehnya namun kini, pendedahan daripada ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tentang sikap Neelofa pula mencvri tumpuan ramai.
Menurut sumber, ibu kepada Neelofa ini menggalas tanggungjawab yang besar dalam mendidik sembilan orang anak manakala, Neelofa pula merupakan anak ketiganya.
Walau bagaimanapun, Datin Noor Kartini percaya bahawa didikan yang baik bermula dari rumah.
“Anak-anak perlu dipupuk dengan amalan murni sejak kecil termasuk tentang displin. Bab mendisplinkan anak-anak, saya serahkan kepada ayah mereka. Didikan saya lebih kepada aspek r0hani manakala suami pula mendidik dari segi karakter dan fizikal anak-anak,” ujarnya seperti yang dipetik menerusi Nona.
Dalam pada masa yang sama, kongsi ibu Neelofa ini juga yang paling utama dalam mendidik anak adalah ketepatan masa dimana padanya juga orang yang mahu berjaya kena ada displin yang tinggi. Selain itu, hakikatnya dia turut tidak mengalami kesusahan dalam mengasuh sembilan anak, ini kerana apabila anak sulung sudah tunjuk teladan yang baik maka adik-beradik juga akan ikut.
Neelofa yang diketahui ramai dia merupakan salah seorang selebriti yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang sepanjang di bangku sekolah. Dedahnya tentang resepi kejayaan Neelofa yang meraih keputusan seperti itu akuinya bahawa Neelofa anak yang paling pandai.
“Saya bukanlah ibu yang tetapkan standard tertentu untuk keputusan pelajaran anak-anak. Memang Neelofa anak yang paling pandai dan tak pernah hutang ‘A’ sama seperti Aqief dan Nur Athisha.”
Rutin Neelofa setiap hari juga diisi dengan membaca buku serta membuat latihan dirumah. Neelofa juga dikatakan seorang yang ta kut membuat ibunya itu kecewa dan meskipun kini bergelar selebriti juga dia masih terbawa-bawa akan sikap tersebut.
Pun begitu, ibu Neelofa ini tidak pernah pilih kasih dalam mendidik anak dan semuanya diberi layanan sama rata.
Sumber : Nona/HCL via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply