‘Saya Nak Jadi Macam Ustaz’ – PU Amin Throwback Kenangan Bersama Allahy4rham Ustaz Ismail Kamus

Pemergian pendakwah terkenal iaitu Dato’ Ismail Kamus disifatkan sebuah kehilangan yang besar untuk kita semua. allahy4rh4m yang berusia 72 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam 8 Mei di kediaman beliau di Ampang.

Pencetus Umah (PU) Amin menerusi laman Instagram sempat memuatnaik foto bersama arw4h dan status sayu pemergian Dato’ Ismail Kamus.

Meninggal dunia dalam Bulan Ramadhan

Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. men1ngg4l dunia pada penghulu segala hari. Hari Jumaat. Juga men1ngg4l dunia dalam Bulan Ramadhan sebaik-baik bulan. Bila berjumpa dengannya saya akan capai tangan Dato dan letak di dada dan mohon doa agar Allah datangkan ikhlas dalam hati. Saya bawa anak-anak saya untuk didoakan dan dikucup darinya. Dia tiup ubun-ubun kami semua. Saya kucup pipi dan dahinya.

Saya kata saya nak jadi macam Ustaz. Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus mendapat Husnul Khatimah. Pengakhiran yang baik. Beliau banyak berjasa pada dunia dakwah. Anak-anak dakwah hidup membesar dengan kaset forumnya. Ya Allah ampunkan dosanya, luaskan kuburnya, masukkan dia ke dalam syurga yang tinggi dan indah.

sed1h hati ini, perginya permata ummah. Ulama telah pergi. Kem4tian para ulama adalah menya kitkan jiwa kita. Berehatlah duhai ayahanda dakwah. Ayahanda yang mengajarkan kami erti perjuangan dan pengor banan untuk Islam. Al-Fatihah. Rehatlah di Syurga Ayahanda.

Mengulas mengenai keperibadian arw4h, PU Amin memberitau arw4h sangat berjasa dalam dunia dakwah dan kehilangannya sudah pasti dirasai ramai.

 

 

Sumber: PU Amin via Oh Bulan via SoyaLemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*